Izz Perlu RM23,000 untuk Pembedahan Buang Tulang Mati




Adik Izz lahir dengan tulang bengkok pada tulang kaki kanan. Ketika umurnya setahun mulai pandai berjalan, tulang kaki telah patah secara tiba-tiba.

Sudah 3 kali simen kakinya 
bertukar ganti   sepanjang 3 bulan. Malangnya keadaan tidak semakin baik, malah ibu bapanya mendapat khabar duka sebahagian tulangnya telah mati dan perlu dibuang secepat mungkin. 

Dia kemudiannya disahkan menghidap Congenital right tibia Pseudarthrosis with deformity right tibia. Satu penyakit yang hanya berlaku setiap 1 dalam 250,000 kanak-kanak. 

Kecacatan tulang yang terjadi membataskan pergerakan Adik Izz dan cuma boleh dirawat dengan pembedahan sahaja untuk gantikan tulang yang telah rosak! 


Kos pembedahan adik Izz mencecah RM60,000. 

Namun apakan daya kedua ibu bapa adik Izz tak mampu menanggung kos tersebut. Bapanya cuma bekerja kampung dengan gaji RM600 sebulan manakala ibunya pula penjaga kedai dengan pendapatan kurang RM400/bulan.

Baki kos rawatan yang masih diperlukan adalah sebanyak RM23,000.  Jiwa Baik, jom kita salurkan keperluan pembedahan segera untuk adik Izz supaya dia dapat bermain normal seperti anak-anak lain. 




KOS KEPERLUAN NUR IZZ ADRINANA: RM23,000

Kos Pembedahan  (RM20,000)
RM200/bahagian
RM100/bahagian

Susu dan Pampers (RM3,000)
RM50/bahagian
Susu: 2pek x 6 bulan
Pampers: 4pek x 6 bulan


Disclaimer:

1)   Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit   dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di   Facebook @MyHeartVolunteers. 

2) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.

3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kos Pembedahan - RM200/bahagian
Kos Pembedahan - RM100/bahagian
Susu & Pampers RM50/bahagian
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090