Ibu Tunggal Terpaksa Berpisah Dengan Anak Kerana Miskin

"Rindu memang rindu..."

Tiada ibu yang sanggup nak berpisah dengan anak yang sudah dikandung selama 9 bulan. Berat hati nak melepaskan kepada keluarga angkat demi masa depan anak bongsunya itu. 

"Memang saya takut sangat-sangat. Kesihatan dia saya tak mampu nak jaga"


Luah ibu tunggal 6 orang anak ini sebak. Jelas di matanya kerinduan terhadap anak yang dilahirkan 6 bulan lalu. Namun Kak Shazleen redha meski tidak dapat melihat anaknya membesar depan mata. 

S iang dan malam  Kak Shazleen  membanting tulang  demi mencari sesuap nasi buat 5 orang anaknya . Macam-macam pekerjaan dia buat. Ada masa bekerja sebagai tukang cuci rumah, pelayan di kedai makan, malah pernah juga ambil upah hantar orang pergi kerja. 



Pendapatan Kak Shazleen masih tidak cukup untuk tampung kehidupan mereka anak beranak. Paling tinggi upah yang diperoleh cuma RM80 sehari. Itu belum tolak duit minyak pergi kerja dan beli barang dapur untuk dimakan. Pernah Kak Shazleen beri teh buat anaknya yang berusia dua tahun sebab tak cukup duit beli susu. 

Mereka sekeluarga hanya menumpang di sebuah kedai tepi jalan. Hanya mempunyai ruang tamu, tanpa bilik dan bilik air. Waktu malam mereka tidur berhimpit di ruang yang kecil itu. Kalau nak ke tandas, mereka akan berjalan ke stesen minyak berhampiran. 



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di luar sana masih lagi ada ramai keluarga yang senasib seperti Kak Shazleen. Jom Jiwa Baik, kita ukir senyuman buat mereka yang memerlukan.

Sokongan anda dalam projek ini memberi harapan kepada asnaf ketika mereka bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.

" TIADA  lagi ikat perut", " TIADA  lagi kebimbangan". Hanya  KEBAHAGIAAN  sahaja yang terpancar di wajah mereka.



Untuk mengikuti kisah lanjut boleh tonton video di bawah:





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ 5 - Bantu 5 keluarga: RM750
PAKEJ 4 - Bantu 3 keluarga: RM450
PAKEJ 3 - Bantu 1 keluarga: RM150
PAKEJ 2 - Kongsi Rezeki: RM50
Pakej Kasih Sayang (Any Amount)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090