365 HARI, GAZA TERUS SENGSARA!

700,000 rakyat Palestin diancam kebuluran

TUNIS: Masalah kebuluran semakin meruncing di Semenanjung Gaza dengan lebih 700,000 rakyat Palestin berisiko kehilangan nyawa, menurut pejabat media kerajaan wilayah Palestin pada Selasa, lapor Sputnik.

 KISAR MAKANAN HAIWAN UNTUK JADIKAN ROTIALLAHUAKBAR!!



Wanita Palestin ini sedang membakar roti di Khan Younis. Penduduk Gaza kini sedang mengalami tahap kebuluran yang kritikal kerana sekatan ke atas bantuan luar oleh tentera rejim. (Foto: REUTERS)

=====================================

TERKINI!

Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya Utara Gaza dibom zionis!


Pengarah hospital, Hussam Abu Safia, dalam satu kenyataan berkata serangan tentera Israel telah merosakkan tangki air dan grid elektrik hospital, menyebabkan gangguan serius terhadap perkhidmatan perubatan.



Keadaan sekitar Hospital yang telah dibedil oleh rejim zionis (Foto: Reuters)


  • Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya sedang diserang oleh tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada tangki air dan grid elektrik, serta mengganggu perkhidmatan perubatan.


  • Kawasan sekitar hospital dibedil selama beberapa jam, merisikokan pesakit dan kakitangan perubatan. Serangan ini adalah sebahagian daripada kempen serangan udara dan artileri yang telah berlangsung selama 16 hari di Gaza Utara.


  • Pihak berkuasa kesihatan di Gaza menyeru agar serangan ke atas kemudahan perubatan dihentikan serta-merta. Masyarakat antarabangsa juga mendesak gencatan senjata segera untuk mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan.

Sumber: Astro Awani


=====================================


Bukan sahaja mereka kehabisan ubat-ubatan tetapi MAKANAN juga tiada untuk staf dan pesakit makan. Serangan berterusan oleh tentera Israel Laknatullah telah menyekat bekalan makanan ke semua kawasan. Ratusan ribu telah mengalami kebuluran yang dahsyat disebabkan kekejaman rejim zionis!





CENTRAL KITCHEN UNTUK GAZA



Berkat kebaikan anda, Central Kitchen ini dapat beroperasi pada 10 hari akhir Ramadan yang lalu. Kami telah mengagihkan iftar makanan panas di utara dan selatan Gaza. Sejak konflik 7 Oktober lalu hingga kini, central kitchen kami telah berjaya mengagihkan sebanyak 260,340 PEK MAKANAN PANAS UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA! ALHAMDULILLAH!

Seronok kami melihat anak-anak tersenyum gembira dapat makanan yang sudah lama mereka idam-idamkan selama 6 bulan berada dalam situasi kritikal tanpa ada bekalan makanan yang cukup. Jangan biarkan hari-hari mereka berlalu dengan perut yang kosong, atau paling teruk boleh berlaku 'ledakan' kematian akibat malnutrisi. 

Kawasan BIlangan 

Al-Aishiya School shelter center

8,800 orang

Islamic Dawa College for boys

9,200 orang 

Vocational Training Shelter

7,900 orang 

Industrial Shelter Center 

1,400 orang 

24th Street camp 

7,500 orang 

Al-Bahr camp

6,500 orang 

 

Cinque Terre Forest Northern Lights 

MEDICAL AID






Kami ingin mengajak Jiwa Baik untuk teruskan usaha kita bersama supaya Central Kitchen ini dapat beroperasi untuk mengisi perut sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Gaza. 

Dalam masa yang sama,  sejumlah 20 tan barangan bantuan bernilai lebih RM 670,000 sedang dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui pengangkutan laut hasil gabungan antara OPS IHSAN, MyFundAction, MAHAR, Friends of Palestine dan Aramex. 

Antara barangan yang dihantar termasuk: 

1. Hot Meals
2. Makanan sedia dimakan "Meal Ready to Eat" (MRE)
3. Baby Kit
4. Medicine Kit
5. Hygiene Kit


=====================================

BERITA BAIK!!

180,000 Pek Makanan "Ready-to-Eat"  bakal dihantar  Disember 2024!

Dari Malaysia ke bumi Gaza!


MYFUNDACTION DALAM MISI OPS IHSAN BARU-BARU INI




Dan ini adalah misi bantuan melalui pengangkutan laut yang pertama ke Gaza dari Malaysia! Subhanallah...



Hanya Allah SWT yang mampu membalas pemberian kalian, setidak-tidaknya jika dihisab di hadapan Allah kelak, kita sudah ada jawapan bagaimana cara kita membela nasib mereka di sana. Jangan lupakan mereka dalam setiap doa-doa kita.





Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke instagram kami, @myfundaction. 


=====================================

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG “PALESTINE EMERGENCY RELIEF”?


Sejak berlakunya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 lalu, bumi Gaza telah menjadi seperti “padang jarak padang tekukur”. Gaza yang mempunyai populasi lebih 2 JUTA telah diarahkan oleh rejim zionis untuk berpindah sebelum tempat mereka dimusnahkan! Setiap hari, mereka terpaksa bergerak dari Utara ke Selatan Gaza demi mencari tempat perlindungan. Malangnya, tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka.


Mereka juga berada dalam krisis kelaparan yang kritikal. 700,000 rakyat Gaza sedang berdepan kelaparan yang tiada noktah! Bukan sahaja mereka kelaparan, kelengkapan perubatan dan hospital juga hampir lumpuh. Kini, hospital terakhir Utara Gaza iaitu Hospital Kamal Adwan baru sahaja dimusnahkan oleh rejim zionis! Kini, mereka sangat memerlukan bantuan perubatan dan keperluan asas lain.


Ini merupakan angka terbaru di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat berdasarkan data terbaru Kementerian Kesihatan Palestin:


Gaza

  • Syahid: 43,374 penduduk Gaza, termasuk 16,765 kanak-kanak

  • Cedera: Lebih daripada 102,261 mangsa

  • Hilang: Lebih daripada 10,000 masih tidak ditemui

Tebing Barat

  • Syahd: 767 penduduk Tebing Barat, termasuk 167 kanak-kanak

  • Cedera: Lebih daripada 6,250 mangsa

PROJEK KAMI

Sebagai tanda solidariti dan tanggungjawab terhadap saudara Islam, kami di MyFundAction telah melancarkan kempen “Palestine Emergency Relief” bersama rakan kerjasama kami di Gaza. Projek ini bakal memberi manfaat kepada lebih 130,000 penduduk Gaza yang terjejas dan akan terus berjalan secara berperingkat. 


Objektif:


  • Menyediakan Makanan: Dengan mengedarkan makanan panas, bakul makanan, dan bakul sayur 

mengandungi nutrien penting untuk keluarga yang terjejas.


  • Menawarkan Penjagaan Kesihatan: Dengan mengedarkan susu, lampin untuk kanak-kanak, peti pertolongan cemas, perubatan bekalan, dan bahan api untuk hospital.


  • Menyediakan Tempat Perlindungan: Dengan menyokong sewa rumah untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan.


  • Mengedarkan Pakaian dan Selimut: Untuk menyumbang kepada perlindungan dan kehangatan semasa hari yang sejuk.


  • Memastikan Bekalan Air: Dengan mengagihkan bekas air untuk memastikan akses kepada bersih dan air yang selamat.


  • Menyediakan Bantuan Tunai: Kepada individu dan keluarga yang paling memerlukan untuk membolehkan mereka untuk memenuhi keperluan peribadi dan asas mereka.


  • Menyokong Kanak-Kanak: Dengan menyediakan pakaian untuk kanak-kanak untuk memastikan kesihatan mereka dan penjagaan sosial.


  • Menyediakan Tangki Air: Untuk memastikan penyimpanan air yang selamat dan cekap.


InshaAllah, dengan adanya projek ini, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan saudara kita dari terus menderita tanpa kelengkapan asas yang cukup. Dengan bantuan dan keprihatinan kami dapat memberikan mereka sokongan moral untuk terus bertahan.


Central Kitchen

Cinque TerreNorthern Lights


Demi memastikan agihan makanan panas terus sampai ke penduduk Gaza, kami bersama rakan kerjasama di sana telah membuka Central Kitchen yang beroperasi di Selatan Gaza. Alhamdulillah, sejak bulan ramadhan lalu, lebih 10 kawasan telah kami edarkan dan lebih 200,000 makanan panas telah berjaya kami sampaikan untuk mereka nikmati.


Kit Kecemasan


Projek ini bukan sahaja memberi fokus kepada isu makanan, tetapi juga  isu perubatan. Kit Kecemasan ini merangkumi beberapa items iaitu;


  • Kit Kebersihan

  • Pampers & Susu Bayi

  • Kit Pertolongan Cemas

  • Barangan perubatan dan kelengkapan hospital


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Hygiene Kit - RM200
Medicine Kit - RM150
Baby Kit - RM100
Makanan panas 2 orang - RM50
Kongsi Rezeki 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN