LUNASKAN HUTANG FIDYAH DAN KAFFARAH SEGERA!
Ramadan 2025



APA PERBEZAAN FIDYAH DAN KAFARAH?




SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH?


PENGIRAAN FIDYAH

Fidyah boleh mula ditunaikan sebaik sahaja masuknya bulan Ramadan pada tahun semasa. Namun, lebih afdal jika dilunaskan lebih awal sebagai tanda kesungguhan dalam menunaikan kewajipan kepada Allah SWT.


Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

Contoh: 7Hari x RM4.00 = RM28.00


Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

Contoh: (7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00



KAFFARAH TERDIRI DARIPADA 4 GOLONGAN IAITU:


Zihar:

Seorang suami yang melakukan zihar iaitu melafazkan sesuatu yang menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita yang mahram secara kekal (mu’abbad) wajib dikenakan kaffarah. Hukum zihar adalah haram dan haram bagi suami menyetubuhi isterinya kecuali setelah ditunaikan kaffarah. 


Ila':

Seorang suami yang melakukan ila’ iaitu bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya selama tempoh lebih dari empat bulan atau tanpa menyebutkan tempoh atau selama-lamanya wajib membayar kaffarah.


JENIS-JENIS KAFFARAH


Kaffarah dinamakan sedemikian kerana ia menutup dosa dan diberikan keringanan oleh Allah SWT. Kaffarah dari segi istilah syarak adalah menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak. Ia boleh dirumuskan sebagai satu tindakan yang boleh menghapuskan dosa sama ada dengan membebaskan hamba, bersedekah atau berpuasa dengan syarat-syarat tertentu.

(Sumber: Majlis Agama Islam Selangor)



 KONGSI REZEKI BERSAMA MEREKA YANG MEMERLUKAN



Bayaran fidyah dan kaffarah yang anda tunaikan akan disalurkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Syria, dan Afrika. Hasil pembayaran fidyah anda, akan diagihkan kepada saudara kita yang memerlukan dalam bentuk beras. Semoga hasil fidyah dari anda ini dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan kehidupan.



Marilah kita bersama-sama menyempurnakan kewajipan dan melunaskan tanggungan ini melalui MyFundAction sebelum tibanya Ramadan yang mulia.  

Semoga dengan amalan ini, kita dapat menyucikan diri serta berkongsi rezeki untuk menggembirakan insan-insan yang memerlukan. Mudah-mudahan Allah SWT menerima setiap kebaikan dan mengurniakan keberkatan dalam hidup kita.


Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
FIDYAH: Bilangan hari tidak berpuasa X RM4.00 (Kadar Fidyah)
KAFFARAH - Bersetubuh di siang hari
KAFFARAH Zihar
KAFFARAH Ila'
KAFFARAH Nazar & Sumpah
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090