Sangat Menyedihkan: 102,888 buah keluarga miskin tegar!
Usaha Menoktahkan Kemiskinan Tegar di 4 buah Negeri
Statistik dari Bahagian Perangkaan Malaysia menyatakan lebih 100,000 keluarga hidup di bawah garis kemiskinan! Ramai yang bergelut dengan kesempitan hidup.
Dengan keadaan ekonomi sekarang yang cukup mencabar, ramai yang berdepan situasi sukar sampaikan ada yang terpaksa berhutang apatah lagi yang sanggup mencuri untuk beli barang dapur. Dahulu, barangan dapur sejumlah RM100 boleh memenuhkan separuh troli, namun kini tidak lagi.
MyFundAction dengan rendah hati bertekad untuk terus berbakti dalam usaha menoktahkan kadar kemiskinan (Zero Poverty) melalui Projek Rezeki Ummat khususnya di empat buah negeri yang mencatatkan kadar kemiskinan paling tinggi.
Dari Ummah untuk Ummah
Projek Rezeki Ummat ini bermula dari kempen #kitajagakita yang dilancarkan pada tahun 2020 iaitu kempen meringankan beban rakyat Malaysia yang ditimpa 'bencana' Covid-19. Ramai yang hilang mata pencarian kerana tidak dapat bekerja dan dibuang kerja.
Kami meneruskan lagi Projek Rezeki Ummat sehingga kini sebagai salah satu usaha menangani kemiskinan. Setiap bulan, MyFundAction komited turun padang menyantuni keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan.
Bukan sekadar menyampaikan 'kotak' semata-mata malah sukarelawan kami turut menyantuni dengan memberikan semangat serta mendengar luahan hati mereka. Kotak Rezeki Ummat yang mempunyai 14 barangan makanan asas ini kami edarkan kepada keluarga yang layak setiap bulan.
Antara barangan yang terdapat di dalam kotak Rezeki Ummat adalah:
Beras 5 kg
Kicap
Sos
Teh
Makanan dalam tin (Sardin, Sambal Bilis, Susu Pekat)
Minyak Masak
Tepung, Gula, Garam
Bihun & Mee Kering
Amanah Anda Kami Sampaikan
Alhamdulillah, sejak 2020, kami telah menyampaikan amanah anda kepada mereka yang memerlukan di seluruh 14 negeri di Malaysia.
Mulai 2023, kami memulakan proses pemilihan penerima yang layak untuk Program Aspirasi Perintis— satu program yang membekalkan bantuan makanan berterusan selama enam bulan, khusus untuk membantu ketua isi rumah menghadapi kos makanan yang semakin tinggi dan memberi mereka peluang untuk keluar dari lingkaran kemiskinan.
TERIMA KASIH #JIWABAIK BERKONGSI KEBAHAGIAAN DENGAN MEREKA!


Usaha Kita, Harapan Baru Mereka
Sepanjang pemerhatian kami sejak usaha ini dijalankan, bantuan enam bulan ini terbukti sedikit sebanyak meringankan beban. Setidaknya, duit yang ada dapat digunakan untuk urusan persekolahan anak-anak dan kesihatan. Bukan itu sahaja, bantuan enam bulan ini berjaya mengeluarkan isi rumah dari kepomopong kemiskinan.

Justeru, setiap apa yang ada kongsikan menerus projek ini pasti mendapat keberkahan dan balasan yang lebih baik dari Allah atas asbab meringankan salah satu beban saudara yang berada dari kefakiran dan kesempitan.
Jom
Jiwa Baik,
salurkan barangan keperluan asas untuk saudara kita. Moga dengan kebaikan kita, tiada keluarga lagi yang mengikat perut demi memastikan esok harinya masih berbaki makanan.

Hadirkan kebahagiaan buat mereka yang memerlukan
PAKEJ 1 - Bantu 5 Keluarga: RM750
PAKEJ 2 - Bantu 3 Keluarga: RM450
PAKEJ 3 - Bantu 1 Keluarga: RM150
PAKEJ 4 - Kongsi Rezeki: RM50
PAKEJ 5 - Kongsi Rezeki: RM30
Baca lanjut :
Permohonan resit potongan cukai bagi projek-projek MyFundAction
Disclaimer:
1) MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat sekurang-kurangnya RM50, layak untuk memohon pengurangan cukai.