Misi Dakwah di Australia Terpaksa Diberhentikan!

Bayangkan, usaha dakwah di Australia terhenti apabila kenderaan satu-satunya yang menjadi penghubung ke kawasan pedalaman kini terbiar dan tidak dapat jalan jauh.
Di Malaysia, kita sangat beruntung. Ilmu Islam boleh dicari dengan mudah seperti ceramah agama, kelas online dan ustaz-ustaz yang tidak pernah jemu turun padang untuk mendidik kita semua.
Tetapi, saudara kita di Australia, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman, tidak sebertuah itu. Mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada usaha kecil seperti kenderaan dakwah ini untuk mengenal Allah dan ajaran Islam.
Dakwah Islam Tersebar Melalui "Harith"
"Harith" adalah sebuah kenderaan trak keluaran tahun 2007 yang telah dibeli secara ‘second-hand’. Kereta inilah yang telah menjadi saksi utama perjalanan dakwah Abdulkariim merentas Australia.
Sepanjang 3 tahun kenderaan ini digunakan, mesej dakwah yang tertera pada "Harith" telah dilihat oleh ratusan ribu individu, berperanan sebagai medium penyebaran kepada mereka yang mencari kebenaran dalam agama.
Namun, "Harith" kini memerlukan penyelenggaraan utama yang melibatkan pembaikan klac, turbo dan catalytic converter dengan anggaran kos antara RM15,000 hingga RM18,000.
Keadaan ini boleh menyebabkan dakwah di Australia mati jika tidak dibaiki.
Abdulkariim dan Harith: Sahabat Sejati di Jalan Dakwah!
Abdulkariim memeluk Islam pada 2010 dan mula menyebarkan keindahan Islam sebagai pendakwah sejak 2013.
Bermula di situ, Abdulkariim dan "Harith" menjadi sahabat sejati di jalan dakwah, bersama mengelilingi Australia, membawa harapan kepada yang mencari kebenaran tentang Islam.
Seperti yang diberitahu, Muslim di Australia yang kian meningkat dengan 813,392 mualaf pada 2024 menurut Religions for Peace Australia. Ini bermakna Abdullkariim amat memerlukan "Harith" untuk membantu saudara baru agar mereka lebih lagi memahami agama Islam.
Mengapa Anda Perlu Bantu dakwah Abdulkariim?
Sebagai seorang mualaf, Abdulkariim amat memahami cabaran saudara baru dan berusaha keras memberikan sokongan yang beliau sendiri pernah perlukan pada awal pengislamannya.
❌Kenderaan Sering Rosak: "Harith", telah digunakan secara berlebihan, memerlukan kos pembaikan yang tinggi dan tidak lagi boleh dipercayai untuk perjalanan jarak jauh.
❌Peluang Dakwah Terlepas: Tanpa kenderaan yang baik, pasukan tidak dapat sampai ke kawasan terpencil atau mendirikan meja dakwah di lokasi secara konsisten.
❌Kebimbangan Keselamatan: Kenderaan semasa tidak selamat untuk perjalanan jauh, terutamanya di kawasan terpencil.
❌Minat yang Meningkat dalam Dakwah: Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk program dakwah dan sokongan saudara baru, tetapi kekurangan kenderaan yang sesuai mengehadkan keupayaan untuk memenuhi permintaan tersebut.
Membimbing Saudara Baru Dari Setiap Langkah Kecil
Usaha dakwah Abdulkariim telah berjaya membuka mata ramai warga tempatan untuk mendalami ajaran Islam dan akhirnya memilih untuk memeluk agama suci ini.
Saudara baru akan dibimbing secara komprehensif dari awal untuk memahami sepenuhnya inti pati Islam. Ini termasuk mempelajari cara hidup Islam selepas memeluk agama, mengkaji Al-Quran dan mendalami pelbagai aspek keimanan.
Abdulkariim menyebarkan dakwah di Australia dengan berkonsepkan open booth atau dinamakan booth bergerak.
Pemberian Annur Embrace Kit: Setiap saudara baru akan menerima kit Permulaan Islam yang merangkumi Al-Quran, pakaian solat dan buku panduan sebagai langkah pertama mereka untuk mempelajari agama Islam.
Kelas Quran dan 5 Pillars of Islam: Kelas dalam talian yang mudah diakses untuk belajar amalan asas Islam, bacaan Al-Quran, panduan halal dan fardhu ain, sesuai untuk mereka yang baru memeluk Islam atau ingin mendalami Islam.
Pertemuan bulanan bersama komuniti Muslim: Abdulkariim juga ada menyediakan ruang selamat dan platform sokongan buat saudara baru dan Muslim berkongsi pengalaman dan cerita.
Buru Ganjaran Sebarkan Dakwah Bersama Abdulkariim Hari Ini!
"رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ"
Maksud:
Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya Allah memberikan hidayah kepada seorang lelaki melalui usahamu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah (kekayaan paling berharga ketika itu)."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Usaha dakwah Abdulkariim kini berdepan cabaran besar tetapi dengan sedikit sumbangan, anda menjadi asbab seseorang mengenal Islam dan memeluk agama suci ini. Bantulah mereka untuk terus menyebarkan cahaya Islam ke seluruh pelusuk Australia!
Wakaf Kenderaan Dakwah - RM200
Kelengkapan Alat Solat - RM150
Wakaf Al-Quran - RM50
Doakan Abdulkariim semoga Allah permudahkan urusan beliau memiliki sebuah kenderaan dakwah baru untuk beliau sampaikan ajaran Islam yang murni kepada ramai lagi saudara-sauadara baru kita di luar sana.