Misi Pasca Banjir 2024

Misi Pasca Banjir 2024


Banjir 2024 Dijangka Terburuk Sepanjang 20 Tahun!

Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah telah pun bermula. Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran siap siaga banjir yang dijangka berterusan sehingga awal Januari.


Seperti tahun-tahun yang lalu, MyFundAction tetap komited untuk menjadi frontliners dalam sama-sama membantu menjadi pemudah cara buat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana. Hujung November yang lalu, mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu sahaja mencecah lebih 70,000 orang. 




Pihak MyFundACtion CDA-ERT bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah memulakan misi banjir di sekitar Selangor, Perak dan Pahang mulai Oktober yang lalu. Misi seterusnya menuju ke Kelantan yang merekodkan jumlah mangsa bencana yang paling tinggi.




Antara pakej bantuan yang akan diedarkan adalah merangkumi barangan ketika kecemasan dan juga pasca bencana seperti:

  • Pek makanan sedia dimakan
  • Kit Kebersihan 
  • MyFunKit khas untuk kanak-kanak
  • Kit Makanan Asas

Sehingga kini, 8,019 edaran telah dilaksanakan menyantuni mangsa-mangasa banjir yang terkesan baru-baru ini khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.





Untuk memastikan misi ini berjaya mencapai objetif utama - menyelamat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa, kami menjemput tuan/ Puan untuk turut serta berkongsi rezeki bagi mencukupkan keperluan mereka. 


Setiap ringgit yang kalian kongsikan sangatlah bermakna buat mereka.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Kongsi 100 Pek Makanan (10 Keluarga) - RM1500
Kongsi 30 Pek Makanan (3 Keluarga) - RM450
Kongsi 10 Pek Makanan (1 Keluarga) - RM150
Kongsi 2 Pek Makanan - RM30
SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090