Banjir 2024 Dijangka Terburuk Sepanjang 20 Tahun!
Siap Siaga Bantuan Makanan Buat Mangsa Bencana
Dengan adanya Pek RTE (Ready-to-Eat), memudahkan mangsa bencana untuk makan makanan yang selamat, tidak mudah rosak dan mudah disediakan.
Bantuan Makanan Diperlukan Segera
Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah telah pun bermula. Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran siap siaga banjir yang dijangka berterusan sehingga awal Januari.
"Bantuan makanan panas perlu dielakkan untuk memastikan makanan tidak mudah rosak atau basi"
Info terkini dari Rakan NADMA, bantuan pek makanan sedia dimakan, pek kebersihan dan juga air mineral adalah antara bantuan kecemasan yang diperlukan segera untuk mangsa yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kawasan-kawasan yang terkepung.
![]()
Pihak MyFundACtion CDA-ERT bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah memulakan misi banjir di sekitar Selangor, Perak dan Pahang mulai Oktober yang lalu. Misi seterusnya menuju ke Kelantan yang merekodkan jumlah mangsa bencana yang paling tinggi.

Terima Kasih #JiwaBaik Hadiahkan Pek RTE Buat Mereka!
Ramai yang telah mendapat manfaat hasil dari perkongsian anda.
“Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”
Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad (5/451)
Ayuh #JiwaBaik, kita bantu permudahkan urusan mereka di dalam kesusahan. Mudah-mudahan, segala bantuan ini membolehkan kita peroleh redha ilahi. Hadiahkan mereka Pek RTE sekarang!