يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ
“Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”
Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad (5/451)
Kongsi Pek Daging "Ready to Eat"
===================================
Bolehkah daging qurban dimasak dan diagihkan selepas hari raya Qurban?
Lebih 200 hari rakyat Gaza terputus bekalan makanan dan hidup dalam kebuluran. Malangnya, krisis ini telah mengorbankan 23 kanak-kanak kerana malnutrisi melampau. Justeru, kami di MyFundAction mengambil inisiatif menghasilkan pek korban yang sedia dimakan untuk mereka.
Pek sedia dimakan adalah hasil daging korban yang dilaksanakan yang diproses menggunakan teknologi retort. Mampu bertahan sehingga 2 tahun serta dijamin TANPA PENGAWET!
Kami akan menyalurkan sebanyak 180,000 pek buat rakyat di Gaza melalui jalan laut pada Disember 2024 nanti. Dalam masa yang sama, pek-pek ini turut diedarkan kepada keluarga asnaf, mangsa bencana dan saudara pelarian kita di dalam dan luar negara.
Ayuh Jiwa Baik sekalian, sempena awal Muharram ini mari zahirkan rasa syukur dan kasih sayang kita dengan sertai ibadah Qurban bersama kami. Anda bukan sahaja mendapat ganjaran ibadah yang dituntut dalam Islam, bahkan memberi peluang buat saudara kita merasai nikmat daging.
Mudah-mudahan ibadah korban yang kita lakukan mendapat redha Allah serta menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmatNya.
Terima kasih #JiwaBaik hadiahkan pek makanan korban kepada saudara kita yang memerlukan
Testimoni Peserta Qurban MyFundAction





