
Kos Tinggi, Kemudahan Terhad!
Masjid E Ashrafia, Inha
hanyalah sebuah bangunan kedai.
Dari luar langsung tidak kelihatan seperti masjid-masjid yang ada di negara kita. Kemudahannya juga sangat daif.
Mereka cuma dibenarkan membuat papan tanda kecil sahaja. Azan juga tidak boleh dipasang dengan pembesar suara di luar kerana akan mengganggu penduduk berdekatan.
Terletak berdekatan dengan Universiti Inha, masjid ini menjadi tumpuan para pelajar untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan.
Walaupun masjid ini sudah berusia 10 tahun, statusnya masih lagi menyewa 1 juta won/bulan (+-RM3425.50).
Kos penyelenggaraan pula sangat tinggi lebih-lebih lagi ketika musim sejuk kerana perlu pasang pemanas untuk keselesaan jemaah.
Kenapa wakaf anda penting untuk masjid ini?
1. Masjid berisiko menghadapi nasib sama seperti sebelum ini, di mana bangunan baru terpaksa dilelong kerana dana tidak mencukupi

2. Keadaan masjid uzur dan perlu dibaikpulih yang menelan kos tinggi
3. Nadi komuniti Muslim minoriti
![Northern Lights]()




Walaupun masjid serba kekurangan, mereka tetap giat menganjurkan pelbagai program seperti pertemuan bulanan untuk pelajar Muslim dan komuniti Muslim Korea, kelas al-Quran, halaqah, perhimpunan sempena perayaan, serta aktiviti lain.

Kerjasama MyFundAction bersama Masjid Inha
Ini adalah antara bukti MyFundAction terlibat secara langsung untuk pembangunan Masjid Inha setelah mendapat keizinan dari pihak masjid.

Tolong, Komuniti Ini Perlukan Bangunan Untuk Beribadah!
Tanpa masjid di kawasan ini, sukar untuk penduduk Muslim solat berjemaah serta melakukan aktiviti keagamaan yang lain.
Jadi, kami nak ajak tuan/puan untuk sama-sama berwakaf untuk membeli bangunan baru yang terletak di seberang jalan dengan masjid sedia ada. Dengan RM50, kita boleh menyediakan ruangan solat yang lebih selesa sebelum masuk ke bulan Ramadan untuk komuniti Muslim di Inha.

Pahala di Tangan Anda
Rebut peluang sebelum Ramadan ini untuk wakafkan harta kita. Anda boleh mewakafkan harta atas nama sendiri atau orang tersayang.

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta dan tidaklah pemberian maaf itu kecuali ditambah kemuliaan oleh Allah dan tidaklah seseorang tawadhu karena Allah, kecuali Dia akan derajatnya.” (HR Muslim).
“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta dan tidaklah pemberian maaf itu kecuali ditambah kemuliaan oleh Allah dan tidaklah seseorang tawadhu karena Allah, kecuali Dia akan derajatnya.”
(HR Muslim).