Projek Wakaf Mualaf di Jepun dengan Beri Hadiah Teristimewa

======================================


Sehingga kini, angka penduduk Jepun yang berhijrah kepada Islam menunjukkan peningkatan positif melalui penyebaran dakwah di pusat-pusat Islam di sekitar negara matahari terbit ini. Namun, duka cita juga apabila ramai mualaf di sana mula murtad serta berputus asa dengan Islam kerana tiada bimbingan yang dekat serta tenaga pengajar juga belum ramai.


Jika dilihat pada statistik agama di Jepun, sebanyak 54.1 peratus menganut agama Shinto, 40.5 peratus beragama Buddha, 0.7 peratus beragama Kristian dan 4.7 peratus agama minoriti lain seperti Islam, Taoisme,  Yahudi dan lain-lain.


Cabaran utama di sini adalah bahasa. Kekurangan dari segi rujukan buku Islam bahasa Jepun dan Al-Quran menyukarkan mualaf mendapatkan rujukan bagi membantu mereka mendalami agama ini. Tidak banyak buku Islam yang diterjemah ke dalam bahasa ibunda mereka untuk dijadikan rujukan. Di sana ada dijual Al-Quran bahasa Jepun (tiada bahasa Arab) namun harganya begitu mahal bagi yang kurang berkemampuan. Senaskhah Al-Quran terjemahan bahasa Jepun  boleh mencecah sehingga RM 200!.


Dengan itu, kami di MyFundAction mengambil tanggungjawab ini melalui Hikari Box (Annur Box) sebagai persiapan buat mereka menjadi Muslim sejati yang subur di dalam dirinya dengan kalimah-kalimah Allah.


Kotak Hadiah Terbaik Pahala Sepanjang Zaman 


Walau dipisahkan oleh budaya dan zon masa, kita mampu bimbing mereka untuk menghayati keindahan Islam. Kempen Hikari Box ini bertujuan untuk sebarluaskan dakwah di sana juga memberi hadiah terbaik sebagai kemudahan buat mualaf di Jepun yang baru melafazkan syahadah di sekitar 4 buah masjid yang didirikan oleh komuniti Muslim di sana. 




Hikari Box mengandungi :

✔️ Senaskhah Al-Quran Terjemahan Arab-Jepun

✔️ Sejadah

✔️ Telekung

✔️ Tasbih Digital

✔️ Buku Bimbingan Tentang Islam 

Untuk membuka peluang kepada anda bersama kami dalam misi dakwah ini, kami membuka peluang untuk anda berwakaf untuk berkongsi kebahagiaan dengan serendah RM 30/bahagian. Selain niatkan untuk diri sendiri, kami sangat mengalu-alukan sekiranya anda mahu berniat atas nama:

▶Ibu bapa, yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

▶Keluarga seperti isteri, anak-anak dan adik-beradik

▶Sahabat Handai, yang merupakan kenalan rapat. Mereka yang banyak berjasa atau berbuat perkara kebaikan buat kita.

Semoga dengan niat wakaf ini membawa kita dan mereka yang diniatkan semakin dekat kepada Allah dan meraih Syurga-NYA.

 

Pakej-pakej terbaik untuk anda yang boleh jadi asbab ke Syurga kelak.


Sasaran kesuluruhan kami untuk projek ini adalah sebanyak 1,136 kotak Hikari Box, bersamaan 6,667 slot wakaf sahaja.

Berikut merupakan pakej yang disediakan.



“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini -Masjid Nabawi- selama sebulan penuh.” (HR Thabrani – Dinilai hasan oleh Syeikh Al-Albani)



____________________________________________________________



Untuk transaksi wakaf secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
 
Bank : MAYBANK
Nama :  Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No Akaun : 5505 1097 0278
 
p/s : Sila letakkan reference “ Hikari Box “





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
5 HIKARI BOX
1 HIKARI BOX
SEBAHAGIAN HIKARI BOX
SEBAHAGIAN HIKARI BOX
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090