[BARU LAHIR KE DUNIA, TETAPI TIDAK SEMPURNA SIHAT SEPERTI BAYI YANG LAIN]



Adik Zafirah berusia 5 tahun, anak ke tiga kepada puan Harijah dan encik Abdul Kiram yang berkelahiran Kudat, Sabah. Mengalami masalah jantung seawal 3 bulan kelahiranya, mulai dikesan apabila doktor mengesahkan jantungnya ada bunyi yang tidak normal.


Ketika usia menjelang 3 tahun, adik Zafirah mengalami sawan dan dimasukkan ke Hospital Kudat, ditahan selama 3 hari. Setelah diimbas melalui echo, adik Zafirah disahkan mengalami masalah jantung jenis Ventricular Septal Defect-VSD yang dimana setiap 1,000 kelahiran, 8 daripadanya didapati lahir dengan masalah ini.


Lebih menyedihkan apabila dikhabarkan jantung adik Zafirah yang berlubang tidak boleh tertutup dengan sendirinya. Oleh itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan menjalani pembedahan untuk menutup lubang tersebut dengan segera.


Semestinya setiap pesakit yang mengalami masalah ini pasti perlu melalui pembedahan akan tetapi bagi kes adik Zafirah, keluargannya tidak mampu membiayai seluruh kos pembedahan yang memerlukan RM54,000 secara tunai.


Melihat kepada perkara ini, kami daripada MyFundAction dengan kerjasama daripada MyHeart membuka tabung untuk kutipan untuk membiayai pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Zafirah.


Fokus kutipan adalah untuk meringankan tanggungan kos pesakit hadir ke hospital bagi tujuan rawatan susulan serta membiayai kos pembedahan yang tinggi.


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090