Tak pernah terbayang diuji menghidap penyakit jantung pada usia muda, kini isteri pesakit terpaksa membanting tulang menyara keluarga.
Muhd Taufiq berusia 29 tahun mengalami kenaikan berat badan yang mendadak setelah nekad berhenti merokok.
Pada bulan ramadan yang lalu, Muhd Taufiq telah mendapat rawatan di hospital kerana kandungan oksigen dalam badan menurun dan doktor menyarankan untuk berehat seketika dan elakkan melakukan kerja berat, oleh itu isterinya terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga untuk menyara keluarga mereka.
Ayuh sertai kami dalam membantu Faridah serta pesakit lain yang memerlukan bantuan kos rawatan seperti ini. Masih ramai dalam senarai menunggu, bantuan sedia ada agak terhad untuk memenuhi keperluan mereka.
Oleh itu, MyHeart dengan kerjasama MyFundAction mengambil inisiatif membuka peluang kepada anda untuk sama-sama membantu meringankan beban yang Muhd Taufiq hadapi dengan membantu kos rawatan Muhd Taufiq.
Ayuh bersama kami kita jayakan kempen ini dan membantu lebih ramai pesakit yang mempunyai nasib seperti Muhd Taufiq ini.
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Taufiq bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Taufiq dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers