Dugaan Demi Dugaan... Wanita Cekal Ini Mendapat Berita Menghidap Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir, Perlukan Kos Rawatan Segera!
Noridah, 42 tahun, menghidap penyakit kegagalan buah pinggang tahap akhir yang memerlukannya membuat prosedur cuci darah setiap 2 hari dalam seminggu. Sayu hati sukarelawan kami apabila mendengar kisah perit hidup Noridah.
Pada mulanya Noridah kerap demam dan bengkak sebelah kaki tetapi dia menganggap yang kakinya bengkak kerana gout. Oleh itu Noridah ke klinik dan mendapat ubat cucuk untuk menghilangkan bengkak.
Tak lama setelah itu, Noridah mengalami demam panas sehingga menggigil selama sebulan. Dia juga mengalami simptom gatal-gatal badan dan badannya sudah tidak mampu bergerak. Suaminya membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Doktor mengesahkan Noridah mempunyai masalah buah pinggang tahap 5 (ESRF) dan mencadangkan untuk Noridah menjalani pembedahan membuat tapak fistula untuk tujuan dialisis tetapi Noridah belum bersedia untuk itu.
Kemudian doktor mengesyorkan Noridah untuk membuat peritoneal dialisis (dialisis menggunakan air). Sejak itu Noridah mula dialisis menggunakan mesin di Hospital Serdang selama 4 jam pada setiap 2 hari seminggu. Ia berlangsung untuk tempoh 2 tahun.
Malangnya, tidak lama setelah itu Noridah mula merasakan bengkak dibahagian kaki dan kerap demam. Doktor mengesyorkan untuk mula dialisis darah. Setelah selesai pembedahan untuk membuat tapak fistula di tangan kiri bagi proses dialisis, Noridah mula menjalani prosedur dialisis darah selama setahun.
Faktor usia dan kesan dialysis, lama-kelamaan tapak pada tangan Noridah menjadi semakin susah untuk dimasukkan jarum dan terpaksa membuat dialisis dengan salur darah dileher dan paha kerana salur darah disitu besar berbanding yang lain.
Tak sampai hati sukarelawan kami melihat kesakitan yang Noridah terpaksa alami ini. Kini sudah setahun Noridah menggunakan salur darah pada bahagian tulang rusuknya.
Baru-baru ini Noridah mendapat berita sedih semasa pemeriksaan darah secara bulanan, doktor memberitahu kandungan darah merah Noridah sudah berkurang, hanya 9mmol/L sedangkan bacaan normal 12-13mmol/L.
Doktor mengesyorkan Noridah ambil ubat Recormon yang akan membantu meningkatkan kandungan darah merah. Ubat ini perlu diambil secara suntikan dibahu pada setiap hari.
Oleh itu, MyHeart dengan kerjasama MyFundAction mengambil inisiatif membuka peluang kepada anda untuk sama-sama membantu meringankan beban yang Noridah hadapi dengan membantu kos rawatan Noridah.
Ayuh bersama kami kita jayakan kempen ini dan membantu lebih ramai pesakit yang mempunyai nasib seperti Noridah ini.
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)