[BAYANGKAN TERPAKSA JALANI KEHIDUPAN HARIAN DENGAN AIR KELADAK SELAMA BERTAHUN-TAHUN]

WAKAF : PROJEK AIR BERSIH UNTUK ASNAF

Sejak setahun yang lalu, penduduk Kampung Sg Rengat yang rata-ratanya adalah asnaf, tidak ada sumber air bersih asbab projek pembalakan yang dijalankan. Oleh itu, mereka terpaksa minum air berkeladak untuk kegunaan harian termasuk untuk masak, minum, berwuduk, serta keperluan lainnya.




"Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala berkekalan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan serta tidak musnah..."


Apatah lagi setiap titisan air itu akan memberi manfaat kepada penggunanya untuk dapat berwuduk dengan sempurna, serta menggunakannya sebagai sumber bersih untuk makan dan minum demi menjamin kesihatan yang lebih baik berbanding sekarang.

Kempen yang memerlukan peruntukan sebanyak RM25,000 ini adalah untuk membina empangan kecil, tangki air dan sistem perpaipan di Kampung Sungai Rengat. 

 

Air bersih ini juga diperlukan untuk kegunaan aktiviti keagamaan di surau yang dibina oleh pihak kerajaan. Disebabkan ketiadaan air bersih, aktiviti di surau kebanyakannya terpaksa ditangguhkan.


Antara aktiviti yang dijalankan di surau ialah kelas fardhu ain, kelas mengaji dan sebagainya. Selain daripada itu, apa yang lebih menyayat hati adalah proses mandi jenazah juga terpaksa menggunakan air sungai keruh yang telah dibiarkan keladaknya mendap berhari-hari sebelum ditapis untuk digunakan.


MENGAPA PROJEK WAKAF INI PERLU DISEGERAKAN?

[⛔️] Menyukarkan aktiviti seharian kerana terpaksa tunggu berhari-hari untuk mendapatkan air bersih sebelum ditapis.

[⛔️] Projek surau terpaksa dikurangkan kerana air bersih terpaksa disimpan (reserve) untuk kegunaan mandi jenazah apabila diperlukan.

[⛔️] Penduduk kampung mengalami sakit kulit dan cirit-birit.

[⛔️] Berisiko boleh menyebabkan tahap kesihatan mereka terjejas dan mungkin menyebabkan kematian terutamanya anak-anak kecil di sana.


Justeru, kami daripada MyFundAction ingin mengajak anda semua berganding bahu, berkongsi rezeki bagi menyediakan sistem tangki air dan perpaipan yang baik buat penduduk kampung ini.


Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.


BAGAIMANA INGIN BERWAKAF #KONGSIREZEKI?

Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

 PAKEJ A (Wakaf 1 penama) – RM200

 PAKEJ B – RM100 

 PAKEJ C – RM50 

 PAKEJ D – RM30 


Ayuh kita bersama-sama persiapkan saliran air buat kegunaan harian mereka beribadah. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan pembinaan empangan dan tangki air ini.


MyFundAction akan membangunkan projek tangki air di kampung-kampung di sekitar pedalaman Gerik ini. Kebanyakkan kampung-kampung disini menghadapi kekangan dalam mendapatkan akses air bersih dan sistem pengairan yang baik. Jumlah yang melebihi akan digunakan untuk pembinaan dan penambahbaikan sistem pengairan di kampung lain



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF A RM300(1 Penama)
WAKAF C RM100
WAKAF C RM50
WAKAF D RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Masukkan nama pewakaf

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090