[BAYANGKAN AIR BERKELADAK MENJADI KEGUNAAN SEHARIAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN]
WAKAF : PROJEK AIR BERSIH UNTUK ASNAF
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR. Abu Daud)
Rata-rata kampung di sekitar Tasik Banding menghadapi masalah bekalan air. Mereka sukar mendapatkan akses air bersih dan sistem pengairan yang baik. Dengan keterbatasan itu, mereka hanya mampu menggunakan air sungai atau air dari bukit. Tangki air akan dibina untuk mendapatkan air daripada kedua sumber tersebut.
APA YANG TERJADI DI KAMPUNG SUNGAI CHIONG?
Di kampung Sungai Chiong mereka membina sebuah tangki yang menjadi sumber kegunaan di surau tempat mereka berkumpul dan beribadah. Namun malangnya, tangki tersebut tidak dapat lagi berfungsi kerana mengalami kerosakan hampir 1 tahun.
Penduduk kampung sedih dan kecewa kerana itulah satu-satunya tangki yang membekalkan air untuk surau mereka. Kerana itulah, kami di MyFundAction ingin membantu mereka menambah baik tangki di Kampung Sungai Chiong dan semoganya dapat memudahkan ibadah mereka.
Air bersih diperlukan untuk kegunaan aktiviti keagamaan di surau yang dibina oleh pihak kerajaan. Disebabkan ketiadaan air bersih, aktiviti di surau kebanyakannya terpaksa ditangguhkan.
Antara aktiviti yang dijalankan di surau ialah kelas fardhu ain, kelas mengaji dan sebagainya.
WAKAF TANGKI AIR , SUNGAI CHIONG, GERIK PERAK
Operasi : Membaik pulih tangki di Surau Kampung Sungai Chiong, Tasik Banding, Gerik, Perak
Kapasiti kegunaan : Tangki yang berkapasiti menampung 300 gelen air
Jumlah penduduk : Seramai 300 orang penduduk yang akan mendapat manfaat daripada tangki air ini
Kos : RM 5,000
Kami melancarkan Program Wakaf Air Bersih buat penduduk di kampung-kampung sekitar Gerik, Perak. Ketahuilah dengan wakaf untuk pembinaan tangki air ini, ganjaran pahala tuan puan amat menguntungkan. Selama mana tangki air itu dimanfaatkan untuk urusan ibadah penduduk dan aktiviti harian mereka, maka selama itulah pahala akan mengalir buat tuan puan
Apatah lagi setiap titisan air itu akan memberi manfaat kepada penggunanya untuk dapat berwuduk dengan sempurna, serta menggunakannya sebagai sumber bersih untuk ibadah serta makan dan minum demi menjamin kesihatan yang lebih baik berbanding sekarang.
BAGAIMANA INGIN BERWAKAF #KONGSIREZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:
PAKEJ A – RM300 (Wakaf 1 Penama)
PAKEJ B - RM200 (Hadiah penghargaan 4 pek qurban)
PAKEJ C – RM100 (Hadiah penghargaan 2 pek qurban)
PAKEJ D – RM50
PAKEJ E – RM30
Ayuh kita bersama-sama persiapkan saliran air buat kegunaan harian mereka beribadah. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan pembinaan empangan dan tangki air ini.
PROJEK WAKAF TANGKI AIR YANG TELAH BERJALAN
Alhamdulillah ,di kampung lain, iaitu Kampung Sungai Rengat, kami telah memulai aktiviti pembinaan tangki air buat kegunaan harian penduduk.
MyFundAction akan membangunkan tangki air di beberapa buah kampung di sekitar Tasik Banding, Gerik ini. Kebanyakkan kampung-kampung disini menghadapi kekangan dalam mendapatkan akses air bersih dan sistem pengairan yang baik. Jumlah yang melebihi akan digunakan untuk pembangunan kampung-kampung.
Istimewa buat pewakaf, pihak MyFundAction Perak berbesar hati ingin memberi hadiah penghargaan kepada pewakaf untuk pakej RM100 dan keatas, butiran seperti berikut