Ya Allah Ampunilah Kami Kerana Lambat Bantu Mereka


Dengan berkongsi rezeki, kita boleh mendapatkan lebih banyak kebaikan. Ia menjadikan rezeki yang kita dapat, menjadi lebih bererti dan berkat apabila berkongsi dengan orang lain.


Tatkala kita mampu mencari dan memberi makan kepada diri dan keluarga, adanya saudara kita sedang berada dalam kelaparan dan kekurangan harta malah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Kami di MyFundAction menjalankan projek Rezeki Ummat ini dengan berkongsi rezeki kepada mereka yang terkesan dengan pasca pandemik. Ayuh ikuti sedikit dari kisah-kisah mereka yang menjadi antara penerima projek Rezeki Ummat ini.


Kisah mereka penerima Projek Rezeki Ummat



Puan Mastura adalah seorang suri rumah manakala suaminya bekerja sebagai penoreh getah yang hanya mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sahaja setiap bulan.


Tanggungan mereka berdua juga ramai dengan 4 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Diuji dengan kehilangan sumber pendapatan, menjadikan keluarga ini menghadapi kesukaran menyara kehidupan.


Ketabahan OKU menyara keluarga dengan tidak lengkap tulang 4 kerat




Besar dugaan buat Encik Ramachandra yang sekarang menjadi tukang kayu dalam keadaan kudung tangan kananTragisnya beliau terlibat dalam kemalangan semasa bekerja di sebuah kilang telah mengubah hidup beliau.


Kerana kecacatan beliau, tiada majikan yang mahu menerimanya untuk bekerja dan kini mengambil upah sebagai pemotong kayu berbekalkan kudrat tangan kiri dan semangat untuk teruskan hidup.


Bagaimana ingin bersama kami?


Semoga kita semua Allah berikan keteguhan untuk beristiqomah dalam meneruskan kempen Rezeki Ummat ini.


Kita tidak akan termampu untuk beri kepada semua, namun usaha ini bakal meringankan beban segilintir dari mereka yang memerlukan.


Setiap keluarga yang layak bakal dibekalkan dengan kotak Rezeki Ummat yang berisi bahan-bahan makanan asas. Tidak banyak tetapi kami yakin akan meringankan beban mereka buat masa ini.


Ayuh hadirkan ramadan terbaik untuk saudara kita atas dasar agama mahupun kemanusiaan. Tidak kurang harta dengan berkongsi rezeki malah semakin berkat.


Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:

PAKEJ A RM750 (5 kotak)

PAKEJ B RM450 (3 kotak)

PAKEJ C RM150 (1 kotak)

PAKEJ D RM50

PAKEJ E RM30




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A RM750 (5 kotak)
Pakej B RM450 (3 kotak)
Pakej C RM150 (1 kotak)
Pakej D RM50
Pakej E RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090