[1 DARIPADA 10 KANAK – KANAK MATI AKIBAT MALNUTRISI DI YAMAN]

Itulah yang terjadi di negara Yaman. Pergolakan yang melanda negara mereka telah menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan zat makanan. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada golongan kanak – kanak dan ibu mengandung.


Menurut UNICEF sebanyak dua juta kanak – kanak yaman mengalami masalah kekurangan zat makanan dan lebih menyayat hati apabila 1.7 juta daripada mereka terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka. Akibat daripada pergolakan yang melanda mereka, ramai mereka yang tidak berdosa terpaksa mengharungi penderitaan ini.


NORMA KEHIDUPAN WALAUPUN DILANDA PANDEMIK

Malnutrisi di Yaman bukanlah perkara baharu buat mereka. Bahkan, mereka telah hidup dengan penyakit tersebut buat sekian lamanya. Lebih – lebih lagi apabila pandemik COVID – 19 yang sedang melanda seluruh dunia sehingga ke hari ini. 


Namun, pandemik bukanlah satu perkara yang merisaukan mereka. Kebanyakan daripada mereka lebih risau apabila tidak dapat memberi makan kepada anak – anak kecil mereka. Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Biarpun pandemik melanda, mereka tidak menghiraukannya.


SUSU FORMULA SATU KEPERLUAN
Isu kekurangan malnutrisi di Yaman harus dihapuskan. Maka, susu tin formula merupakan salah satu cara untuk membasmi penyakit ini. Kandungan nutrisi dalam susu tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kanak – kanak membesar dengan sihat dan kuat.

Maka, kami dari MyFundAction dengan Kerjasama Food For Hunger membuka peluang untuk anda bersama kami berkongsi rezeki. Kami membuka tabung susu Yaman buat kanak – kanak Yaman yang mengalami malnutrisi agar mereka dapat membesar dan mengenali dunia dengan sihat dan kuat.

Kami menyasarkan sebanyak 7,000 keluarga di Yaman akan mendapat manfaat daripada susu tin formula ini. Manakala setiap keluarga pula akan mendapat 2 tin susu formula sebulan. Semoga dengan susu ini dapat kembalikan sinar buat anak – anak Yaman.


PROJEK: TABUNG SUSU YAMAN
Oleh itu, kami menyediakan beberapa pakej yang boleh anda pilih untuk anda berkongsi rezeki dengan kami:

Tabung Susu Yaman – RM500
Tabung Susu Yaman – RM200
Tabung Susu Yaman – RM100
Tabung Susu Yaman – RM50
Tabung Susu Yaman – RM30

Semoga dengan perkongsian rezeki anda kali ini dapat memberi sinar baru terhadap anak – anak ini. Mereka juga ingin melihat keindahan dunia disebalik ujian – ujian yang mereka sedang hadapi. Doakan agar setiap daripada mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat. Amiin

Kami juga doakan kesejahteraan anda yang berkongsi rezeki dengan kami agar sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayah dari Allah S.W.T. Amiin.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tabung Susu Yaman RM500
Tabung Susu Yaman RM200
Tabung Susu Yaman RM100
Tabung Susu Yaman RM50
Tabung Susu Yaman RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090