Puasa Dah Nak Dekat, Dah Bayar Fidyah Dan Kaffarah?



Dalam Islam, ada 2 jenis denda yang dikenakan bagi mereka yang melanggar perintah Allah khususnya ketika bulan puasa.


Yang pertama adalah Fidyah. Dan yang keduanya Kaffarah. 




Apa yang dimaksudkan dengan Fidyah?

Fidyah ialah denda yang dikenakan bagi seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada') bulan Ramadan.


Hukum fidyah pula macam mana?


Hukum Membayar Fidyah

Fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT. 


Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Siapa yang Perlu Membayar Fidyah?

Hanya golongan-tertentu sahaja yang wajib membayar Fidyah. Antaranya:




Berapa Kadar Fidyah Yang Perlu Dibayar?

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Tetapi ianya berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah mengikut tempat.


Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.


Pengiraan Fidyah

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

7Hari x RM4.00 = RM28.00


Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00






Jadi, fidyah kita dah tahu. Tapi kaffarah pula macam mana? Ada beza ke sebenarnya Fidyah dengan Kaffarah?


Definisi Kaffarah

Kaffarah adalah denda yang dikenakan kepada pelaku kerana melanggar perintah Allah dengan sengaja dan perlu dilakukan sebagai usaha untuk menebus kesalahan atau dosa.



*Penafian: Kaffarah yang dibayar melalui MyFundAction akan dimasukkan ke dalam akaun amanah khas yang digunakan untuk membeli beras, bekalan makanan yang kemudian disalurkan kepada fakir miskin di Malaysia.*

Jenis-jenis Kaffarah


1. Kaffarah bersetubuh atau berjimak di siang hari Ramadan

- Berpuasa 2 bulan (60 hari) berturut-turut atau

- Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin


2. Kaffarah zihar

Seorang suami yang melakukan zihar iaitu melafazkan sesuatu yang menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita yang mahram secara kekal seperti ibu.

- Membebaskan (memerdekakan) seorang hamba Muslim atau

- Berpuasa dua bulan berturut-turut atau

- Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.


3. Kaffarah tidak menunaikan nazar

Denda yang dikenakan kepada orang yang melanggar nazar.

- Memberikan 10 orang fakir miskin atau

- Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin

4. Kaffarah melanggar sumpah

Denda yang dikenakan kepada orang yang melanggar janji atas nama Allah SWT.

- Memberikan 10 orang fakir miskin atau

- Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin


Kadar Kaffarah mengikut jenis

Jenis KaffarahPengiraanJumlah (RM)
Persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadan RM4 X 60 orang fakir miskinRM240
Kaffarah Sumpah dan kaffarah NazarRM4 X 10 orang fakir miskinRM40
Kaffarah Zihar RM4 X 60 orang fakir miskin

RM240

Kaffarah Ila'RM4 X 10 orang fakir miskin

RM40



Wajib ke bayar Kaffarah?


Hukum kaffarah adalah wajib dan ia mesti dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan untuk setiap kesalahan. Semua kesalahan tersebut telah disahkan oleh nas mutawatir dari al-Quran dan al-Hadis.





Kita dah tahu apa itu fidyah dan kaffarah. Jadi, apa kita tunggu lagi? Ramadan dah dekat sangat. Ayuh tunaikan kewajipan dan langsaikan hutang fidyah dan kaffarah kita bersama MyFundAction.


Setiap fidyah dan kaffarah yang dibayar akan disalurkan kepada projek Rezeki Ummat untuk diberikan kepada fakir dan miskin yang memerlukan.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
FIDYAH - Bilangan Hari Tidak Berpuasa X RM4.00 (Kadar Fidyah)
KAFFARAH Persetubuhan siang hari
KAFFARAH Zihar
KAFFARAH Ila'
KAFFARAH Nazar & Sumpah
Kongsi Rezeki Ramadan RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090