[PESAKIT KANSER PROSTAT TAHAP 4 MEMERLUKAN KOS RM11,000 DENGAN SEGERA]


Encik Mohd Daniel Abdullah yang berumur 69 tahun disahkan  menghidap kanser prostat pada tahun 2018. Kini kanser mula merebak dan di diagnosis sebagai kanser tahap 4. 


Pada mulanya, beliau sering mengalami kesukaran  memulakan atau menghentikan aliran air kencing. Apabila membuang air, beliau akan mengalami kepedihan dan terasa amat sakit pada bahagian tersebut. 


Di samping itu, encik Daniel  mendapati terdapat ketulan darah bersama darah cair yang keluar. Beliau mengalami kencing berdarah selama sebulan lebih.


Selepas sebulan, beliau mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan dimasukkan ke  wad bagi pemeriksaan ujian  X- ray dan Ultrasound. Hasil dari keputusan ujian tersebut, encik Daniel di diagnosiskan sebagai kanser prostat tahap 2.


Setelah itu, encik Daniel perlu menjalani pembedahan transurethral resection of prostate (TURP) bagi membuang prostat dan pembedahan tersebut sudah selesai dibuat pada bulan April 2018. Ia dapat mengurangkan sekatan pada saluran uretha seterusnya mengurangkan kesusahan pesakit semasa membuang air kecil.


Sejak itu, encik Daniel perlu follow up di jabatan urology di sebuah hospital setiap dua bulan selama setahun. Beliau mula diberi ubat secara suntikan (Lucrin) untuk lambatkan proses kanser dan ubat cair darah untuk mengurangkan sakit apabila ketulan darah keluar dari salur kencing selama setahun.


Walaupun pembedahan sudah dilakukan, tetapi ujian berkala mendapati yang sel kanser pada badan encik Daniel telah merebak dan  menjadikannya sebagai tahap 3.


Pada tahun 2019, doktor mencadangkan untuk buat radioterapi tetapi tidak dapat diteruskan kerana encik Daniel mempunyai kencing manis dan juga berat badan kategori obesiti serta tidak dapat baring rata untuk masa yang lama kerana berat badannya.


Pada masa yang sama, ubat suntikan untuk melambatkan proses kanser tersebut telah dihentikan pada Feb 2020 kerana encik Daniel mempunyai risiko sakit jantung. Bukan sahaja mengalami penyakit kanser tetapi encik Daniel juga diuji dengan pelbagai penyakit sekaligus.


Menjelang bulan Disember 2020, encik Daniel kerap mengadu mempunyai kesukaran untuk buang air kecil, sakit belakang dan kedua-dua kaki rasa lemah  untuk berjalan. Pemeriksaan scan tulang seluruh badan pada awal 2021 menunjukkan yang sel kanser telah merebak ke tulang sekaligus menukar diagnosis kepada kanser prostat tahap 4.


Beliau  mula menggunakan kerusi roda untuk menjalani aktiviti harian dan terpaksa menggunakan tiub untuk membuang air kecil. Sejak dari itu, encik Daniel banyak habiskan masa ulang-alik ke klinik kesihatan setiap dua minggu untuk menukar tiub kencing.


Lebih menyedihkan, beliau terpaksa menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke hospital. Hal demikian kerana encik Daniel tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ulang alik jalani rawatan. 


Encik Daniel memerlukan lebih kurang RM11,000 untuk membiayai peralatan perubatannya seperti susu, pampers, kerusi roda serta kos pengangkutan untuk ke hospital. Namun begitu, beliau tidak mampu untuk menampung segala keperluan tersebut kerana encik Daniel telah diberhentikan kerja pada tahun 2018 akibat sakit yang dialaminya.


Isteri beliau yang merupakan seorang suri rumah mula bekerja sebagai tukang sapu sambilan setelah suaminya, encik Daniel diberhentikan kerja. Dengan berbekalkan RM45 sehari tidak mencukupi untuk menampung keperluan yang semakin bertambah. Tambahan pula, 2 anak mereka yang masih kecil berumur 12 tahun dan 9 tahun.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga encik Daniel.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada encik Daniel untuk terus tabah menghadapi ujian.


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya...”

(QS. Al Maidah: 32)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090