INI TANGGUNGJAWAB BERSAMA! MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

INI TANGGUNGJAWAB BERSAMA!  MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

“BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BELI”


Menjaga kesihatan badan sangat penting bagi semua individu, tidak mengira faktor usia. Kebersihan diri adalah salah satu kunci kepada kesihatan diri. Ia penting untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. 

-

Tahap kebersihan yang baik akan menghidari diri daripada terkena sebarang jangkitan yang berjangkit. Sekiranya tidak mengekalkan kebersihan diri akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Bukan itu sahaja, menjaga kebersihan diri dapat meningkatkan produktiviti dalam bekerja mahupun kehidupan seharian. Mencegah lebih baik daripada merawati.

-

Menjaga kebersihan itu mudah namun tidak semua orang dapat mempraktikkan amalan itu secara berterusan lebih-lebih lagi mereka yang diumpamakan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sebagai contoh, kebanyakkan golongan B40 dan asnaf mengalami kesukaran untuk mengekalkan kebersihan diri disebabkan harga yang agak mahal dan penggunaannya rata-rata bertahan untuk jangka masa yang pendek.




Penyerahan Hygiene Kit buat kegunaan pesakit kanser di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur

Oleh itu, kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction dalam usaha untuk mengedar dan mengagihkan ‘Hygiene Kit’ iaitu alat-alat kebersihan dan perubatan asas kepada golongan berpendapatan rendah, asnaf dan gelandangan.

-

Hygiene Kit ini bertujuan untuk menggalakkan penjagaan kebersihan badan dalam kalangan asnaf sekaligus mempromosikan kesihatan diri kepada semua masyarakat Malaysia. Di samping itu untuk mengurangkan masalah kutu, kulit kering dan penyakit radang mulut.
-
Selain itu, ia juga mengandungi bahan mencegah daripada penyakit bawaan bakteria atau virus dari tangan, mulut di antara mereka. Hygiene Kit ini juga dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk bekerja dan bersosial kerana hakikatnya keyakinan diri sangat penting dan memberi impak kepada rutin harian.



Penyerahan Hygiene Kit buat mangsa banjir di Pahang baru-baru ini


Sasaran 500 kotak setiap bulan dan boleh digunakan selama satu bulan. Kami membuka tabung untuk menyediakan kotak 'Hygiene Kit' dan akan diserahkan kepada individu yang memerlukan sebanyak mungkin. Mari bersama berkongsi walaupun sedikit.

-

Kami amat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk bersama-sama kami menjayakan usaha ini bagi memudahkan mereka untuk menjaga kebersihan diri sekaligus dapat meningkatkan amalan penjagaan kesihatan.





Penyerahan 100 kotak Hygiene Kit buat kegunaan pesakit di Hospital Kuala Lumpur


MAKLUMAT TAMBAHAN:


1 kotak = RM80

500 kotak = RM40,000 setiap bulan 


Hygiene Kit mengandungi:


1) Tisu Anti-bakteria
2) Tuala tangan

3) Plaster luka

4) Sabun mandi
5) Pelitup muka

6) Syampu rambut

7) Penyahbau(Deodorant)
8) Pembersih tangan(Hand sanitizer)

9) Vaseline

10) Ubat gigi

11) Berus gigi
12) Ubat kutu
13) Pencuci muka
14) Pencukur
15) Energy bar
16) Pengetip kuku
17) Tisu


“Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”


(Surah al-Baqarah: 222)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 



BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090