KONGSI REZEKI BERSAMA 500 000 KELUARGA ASNAF DI MALAYSIA
Lebih Daripada 500,000 Keluarga Yang Perlukan Bantuan Anda Segera!

Kajian daripada pihak Jabatan Perangkaan terhadap hampir 170,000 rakyat Malaysia yang diterbitkan pada 9 April 2020 menunjukkan bahawa hampir separuh golongan seperti Makcik Kiah yang bekerja sendiri hilang pekerjaan. Sementara itu, lagi satu pertiga mengalami penyusutan pendapatan hampir 90 peratus.
Jika kajian itu diguna pakai sebagai kayu ukur (representative) di seluruh Malaysia, kadar pengangguran pekerja anak tempatan kini adalah di kadar 16 peratus, bermakna daripada 12.8 juta pekerja Malaysia, hampir 2.1 juta sudah hilang mata pencarian.
Ini belum termasuk golongan masyarakat pendalaman (orang asli) di kawasan pendalaman yang kini mengalami kesukaran untuk mendapatkan barangan asas makanan seperti beras, tepung, gula, roti, dan lain lain lagi.
Adakah anda sanggup melihat kesusahan hidup insan lain yang berada di sekeliling kita?

Dengan bantuan serendah RM30 , anda bakal mengubah nasib hidup mereka
Atau
Anda boleh membantu mereka dengan memberi TAJAAN KOTAK iaitu 1 KOTAK (RM135)= 1 KELUARGA.
Tolong-menolong sangat dianjurkan dalam Islam, terutama menolong orang yang memang membutuhkan, seperti fakir miskin, anak yatim, perempuan yang suaminya sudah meninggal, dan lain-lain. Ada banyak keutamaan tolong-menolong dalam Islam.
Bahkan, dalam beberapa hadis disebutkan, pahala yang diberikan kepada orang yang suka membantu orang lain sama seperti pahala jihad. Dalam hadis riwayat Bukhari dijelaskan:
“Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu (w.58 H) ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, ‘Orang yang membantu para janda dan orang-orang miskin, (pahalanya) seperti orang yang berjihad dijalan Allah atau seperti orang yang selalu berpuasa siang harinya dan selalu solat malam pada malam harinya”. (HR: Bukhari)
Dari Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim : No 4689)
Insya Allah, dengan bantuan yang anda berikan kepada mereka, sedikit sebanyak mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk setiap Keluarga ini & juga pahala kita di akhirat kelak. Aminn.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No Akaun : 5505 1097 0262
Sila letakkan reference “ RU COVID “