AL-AQSA PASTI MENANG, JANJI ALLAH ITU PASTI
Alhamdulillah, kemenangan buat saudara kita di Palestin hari ini! Serangan demi serangan dilakukan oleh pihak Zionis Israel terhadap saudara kita di Palestin akhirnya dapat dipatahkan. Kemenangan hari ini akan menjadi sejarah paling bermakna buat mereka. Akhirnya, mereka dapat beraya!
Pihak Israel mengumumkan gencatan senjata tanpa syarat pada jam 2.00 pagi waktu Gaza hari ini (21/5/2021). Sekaligus menyebabkan umat Islam di Palestin memenangi peperangan Al-Quds. Namun, gencatan senjata ini hanyalah terhadap isu kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dan bukan secara menyeluruh.
Sekiranya kita melihat trend serangan pihak Zionis Israel pada tahun ke tahun, pasti akan berlaku lagi serangan terhadap umat Islam di Palestin. Oleh itu, pihak Hamas perlu sentiasa bersiap siaga, menyediakan segala teknologi dan ketenteraan walaupun dengan kemenangan kecil ini. Tidak boleh sedikit pun mereka terlupa dan alpa.
Natijah daripada serangan pihak Israel baru – baru ini telah menyebabkan ramai saudara kita mati syahid. Ada anak kehilangan bapa. Ada ibu kehilangan anak. Ada isteri kehilangan suami. Ada juga yang kehilangan sahabat karib yang mana mereka semua kelak akan berpenghuni di syurga.
Bukan itu sahaja, klinik, hospital dan doctor juga menjadi sasaran pihak Israel yang kejam. Begitu banyak peralatan hospital yang rosak dan tidak dapat digunakan. Walhal mangsa peperangan bertambah pada setiap jam. Susah, sangat susah untuk pihak paramedik untuk merawat setiap mangsa yang ada. Begitu kejam dan zalim mereka yang bergelar Zionis, Israel. Azab Allah terhadap kalian pastinya satu hari nanti.
Oleh itu, MyFundAction akan bersoladiriti untuk membantu membekalkan bantuan seperti :-
- Bekalan ubat ubatan
- Peralatan perubatan
- Katil pesakit
Solidariti daripada anda juga amat diperlukan di saat sukar ini. Wakil MyFundAction di Palestin sedang bersedia untuk menyampaikan bantuan kecemasan di sana.