RUMAH ALLAH MASJID AL AQSA DISERANG! MASIHKAH KITA BERLENGAH-LENGAH

Masjid Al-Aqsa ialah antara 3 masjid mulia milik umat Islam, tetapi pada tanggal 7 May 2021, rumah Allah yang mulia ini diceroboh oleh tentera Israel dengan kejam. Umat Islam diserang dengan bom tangan dan gas pemedih mata semasa mereka bersolat jemaah.
Lebih 200 orang mangsa serangan mengalami kecederaan akibat tindakan tentera Israel itu. Wanita dan kanak-kanak juga turut menjadi mangsa kekejaman ini. Mereka menyerang dengan tidak berperikemanusiaan sekali.
Mereka bukan sahaja menyerang jemaah yang sedang solat, malah tentera Israel juga turut menyerang satu-satunya klinik di Masjid Al Aqsa.

Para pesakit dan para doktor diserang dengan bom tangan oleh tentera Israel. Peralatan-peralatan perubatan disitu juga dirosakkan oleh tentera Israel. Klinik di Al Aqsa ini lumpuh serta merta, walhal mereka perlu memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa serangan.
MyFundAction akan bersoladiriti untuk membantu membekalkan bantuan seperti :-
- Bekalan ubat ubatan
- Peralatan perubatan
- Katil pesakit
Sebannyak RM 200 ribu diperlukan untuk memenuhi keperluan kecemasan ini.
Solidariti daripada anda juga amat diperlukan di saat sukar ini. Wakil MyFundAction di Palestin sedang bersedia untuk menyampaikan bantuan kecemasan di sana.
Selamatkan Al Aqsa, Ayuh Rebut Palestine dari kekejaman!