REBUT PELUANG WAKAF BINA RUMAH ALLAH:

"Pembinaan Naik Taraf Masjid Tronoh Terbengkalai Sejak 6 Tahun Lepas, Manakala Masjid Lama Sempit & Hanya Mampu Tampung 280 Jemaah Saja".


(Ayuh Bantu Naik Taraf Masjid Ar-Rahmaniah Tronoh Dengan Berwakaf! Hanya RM30 Per Nama)







BERWAKAF MERUPAKAN SALAH SATU CARA DEKATKAN DIRI DENGAN MAHA PENCIPTA

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepadanya dan dijanjikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah sebagaimana firman:

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki Nya dan Allah Maha Luas ( Kurnia Nya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Atas dasar itu, MyFundAction membuka peluang untuk anda berwakaf serendah RM30 untuk membantu proses pembinaan naik taraf masjid Ar-Rahmaniah di Tronoh, Perak.




Setiap yang hidup pasti akan mati.

Namun pernah tak kita berfikir;

Adakah amalan yang kita ada sekarang mencukupi untuk menjadi bekalan di akhirat kelak?

Dan pernah tak kita muhasabah diri,

Apakah amalan terbaik yang kita boleh buat untuk peroleh pahala berpanjangan walaupun kita sudah tiada di dunia nanti?

InsyaAllah, wakaf adalah amal jariah yang terbaik untuk jadikan kita jutawan di akhirat kelak.




KEMANA WANG ANDA AKAN DIGUNAKAN?

Duit wakaf anda akan digunakan khas untuk membina rumah Allah iaitu Masjid Ar-Rahmaniah.

Tujuan utama masjid ini dinaik taraf supaya dapat menampung lebih ramai jemaah berbanding masjid lama yang hanya mampu menampung 280 jemaah sahaja.

Ketika ini, ahli pengurusan masjid telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 500K hasil dari sumbangan kariah dan hasil tabung masjid dari tahun 2016 hingga kini.


PROGRAM MASJID BANYAK YANG TERGENDALA

Disebabkan pembinaan naik taraf masjid Ar-Rahmaniah ini tergendala dan tidak dapat dibina mengikut waktu yang di tetapkan, banyak program masjid terpaksa di tangguhkan.

Di mana kapasiti penduduk di Tronoh sebanyak 10 ribu orang. Manakala masjid lama Ar-Rahmaniah tidak mampu menampung jemaah sebanyak itu.

Malah ada Ahli Kariah yang terpaksa pergi solat di masjid kawasan lain, kerana ruangan terhad.










PEMBINAAN NAIK TARAF MASJID AR-RAHMANIAH MASIH DI FASA 1 (PERMULAAN)

Pembinaan Masjid Ar-Rahmaniah kini sedang memasuki fasa 1.

Di mana kerja-kerja pembersihan tapak, penetapan arah kiblat dan penandaan sempadan tapak telah dijalankan. 

Namun, disebabkan kekurangan dana proses pembinaan masjid Ar-Rahmaniah mengalami kelewatan dan tidak berjalan secara konsisten.

Malah, pembinaan masjid ini telah tertangguh sejak 2016 lagi.


BERAPA SASARAN BANTUAN YANG DIPERLUKAN?  

Setakat ini, kami memerlukan bantuan sebanyak RM300K bagi pembinaan fasa 1 supaya projek menaik taraf masjid ini mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
 
Insyallah, sekiranya masjid ini siap kelak ianya pasti akan memberi banyak manfaat kepada penduduk di Tronoh dan aktiviti keagamaan akan dapat diteruskan dengan lebih giat.

Malah, wakaf kita antara asbab masjid ini siap dibina kelak. Besar ganjaran yang menanti di akhirat. Masyallah!





WAKAF SEBAGAI HADIAH UNTUK INSAN YANG TERSAYANG

Selain wakaf untuk diri sendiri, kita juga boleh niatkan wakaf untuk mereka yang kita sayang antaranya:

  • Ibu bapa yang masih hidup atau meninggal dunia
  • Insan tersayang seperti anak, isteri atau sahabat
  • Dihadiahkan pahala untuk mereka yang kita pernah hutang tapi terputus hubungan

Semoga dengan berwakaf atas nama mereka, dapatlah kita membalas jasa mereka dengan harapan mereka dapat ganjaran pahala. Amin YRA.









NOTA PENTING: AKAD WAKAF


Untuk teruskan wakaf, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:

"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Masjid Ar-Rahmaniah yang dikelola oleh MyFundAction”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.


Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
 
Bank :MAYBANK
Nama :Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
No akaun :5505 1097 0076
Sila letakkan reference “Masjid Ar-Rahmaniah”

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Dermawan- 50 Lot Wakaf
Pakej C- 10 Lot Wakaf
Pakej B- 5 Lot Wakaf
Pakej A- 1 Lot Wakaf
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN