SAUDARA KITA DI SYRIA SANGAT PERLUKAN PENEMPATAN SELAIN KHEMAH UNTUK HADAPI MUSIM SEJUK

ANTARA KISAH BENAR YANG SUKARELWAN KONGSIKAN SEWAKTU MEMBERI BANTUAN KETIKA MUSIM SEJUK YANG LEPAS
“Bayangkan, dalam keadaan suhu yang rendah, mereka tidak memakai pakaian baju sejuk yang sepatutnya, bayi kecil kesejukan, luluh hati melihat mereka menahan lapar dalam keadaan sejuk yang kami pun tak mampu bertahan lama.”
“Ada satu situasi, sukarelawan kami menyapu losyen pelembab di tangan seorang mak cik tua dek kerana kulitnya dah menjadi terlalu kering, mana tidanya, mereka menghadapi musim sejuk yang mencengkam hanya dengan pakaian biasa, melihatnya teringat mak ayah di kampung, tak sanggup lihat mereka dalam keadaan begitu.”
Apa yang sukarelawan kami tak boleh lupakan adalah akhlak yang mereka tunjukkan ketika mendapat kunjungan kami untuk menyampaikan bantuan, seorang kanak-kanak lelaki apabila melihat kami berdiri lama samasa mengagihkan barang-barang bantuan, dia terus berlari mendapatkan jag berisi air kosang dan hulurkan kepada kami untuk kami minum. Sungguh indah akhlak mereka.
Inilah keadaan khemah usang yang mereka diami sepanjang masa termasuk musim sejuk. Anak kecil yang tak berdosa ini terpaksa melalui keperitan hidup dimusim sejuk tanpa kelengkapan musim sejuk yang sewajarnya.
BAGAIMANA PROJEK WINTER MISSION AID INI DIJALANKAN?
Hasil sokongan anda akan digunakan untuk membina petempatan dengan khemah-khemah, bekalan makanan asas, alat pemanas dan bahan bakar, pakaian tebal dan Box Of Happines. Mereka perlukannya, mereka berdoa untuk mendapatkannya.
Tanpa simpati daripada anda, mereka tidak akan mampu merasakan kehangatan di musim sejuk ini. Fikirkan anak-anak kecil dan warga emas disana. Dapatkah anda rasakan kedinginan yang bakal mereka hadapi?
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh."
(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)
BAGAIMANA INGIN SERTAI KEMPEN WINTER MISSON AID INI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:
PAKEJ 1: RM200
PAKEJ 2: RM100
PAKEJ 3: Seikhlas hati
Jom kita bantu rakyat Malaysia yang sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.