#KECEMASAN! SYRIA MERINTIH.
Mereka bakal berhadapan Musim Sejuk yang sangat sukar ketika ini. Ayuh bersama kita ringankan penderitaan mereka dengan berkongsi rezeki. RM5 juta diperlukan segera.
Hampir 10 tahun rakyat Syria berhadapan dengan krisis peperangan. Ujian demi ujian terpaksa mereka hadapi. Ditambah pula dengan pandemik COVID-19 yang semakin menyukarkan keadaan dan pergerakan mereka.
UNHCR melaporkan seramai 2 juta pelarian di Selatan Idlib, antara Disember 2019 hingga Februari 2020. Menjadi pelarian di negara sendiri dengan menetap di kem pelarian dibuat dari kayu, besi & plastik. Tidak cukup untuk melindungi mereka dari cuaca sejuk yang bakal tiba Disember hingga Februari nanti.
Tak dapat dibayangkan betapa siksanya diri. Mereka terputus bekalan bukan hanya sepanjang pandemik Covid ini, bahkan telah bertahun lamanya.
Rumah kediaman mereka hancur.
Tanaman dan kebun-kebun mereka musnah.
Segala harta yang mereka kumpul dan usahakan selama ini hilang sekelip mata, tiada langsung yang tersisa!
Mereka terpaksa lari menyelamatkan diri sehelai sepinggang bersama keluarga dan anak-anak kecil, ke mana sahaja yang mereka rasakan sudi menerima kehadiran mereka buat mereka berlindung.
Lebih dua juta dari rakyat Syria kini hidup di kem pelarian di Azzaz Syria, Turki dan Lubnan.
Mereka hidup serba kekurangan. Hidup cuma di dalam khemah yang diperbuat dari canvas yang menanti roboh dek beratnya bongkahan ais salji menimpa bumbung khemah, dan berlantaikan tikar using dan tanah semata.
Tuan / Puan,
80% dari mereka adalah golongan yang terlampau miskin.
Mana tidaknya, mereka kini langsung tidak mempunyai peluang untuk bekerja dan mencari rezeki, tidak seperti dulu ketika hidup di negara sendiri.
“Demi allah, kami tidak perlukan wang. Apalah yang kami boleh manfaatkan dengan wang di sini? Mereka semua di sini (syria) tiada roti pun untuk makan!”
Mereka di kem pelarian semakin kehabisan makanan.
Anak-anak yang sedang membesar sering kelaparan. Sang ibu terpaksa menjerang air kosong dengan batu semata-mata untuk menyedapkan hati anak-anak bahawa ‘ibu sedang memasak’.
Demi anak-anak, sang ibu dan ayah sanggup berlapar dan menjamah sisa tinggalan anak-anak. Itu pun kalau ada. Selebihnya terpaksa disimpan untuk hari esoknya.
Terkadang, roti pun tiada untuk dijamah, apatah lagi nak merasalauk seperti ayam, daging dan sayuran.
Lebih merisaukan, musim sejuk bakal tiba menemani mereka tidak lama lagi.
Sejuknya bukan alang kepalang, mencecah suhu -5 darjah celcius!
Tubuh memerlukan tenaga lebih untuk menghasilkan haba tambahan dan akan membuatkan mereka berasa lapar dengan lebih kerap, yang bisa mengakibatkan kebuluran.
Bayangkan kehidupan anak-anak kecil yang tidak berdosa di sana. Mereka tersangat lapar, tetapi tiada apa yang boleh dijamah!
Mereka bukan saja kekurangan tenaga untuk meneruskan kehidupan, bahkan kekurangan zat. Lebih menyedihkan, ramai juga pelarian Syria yang mati akibat kebuluran dan kesejukan saban tahun.
Justeru, MyFundAction dengan kerjasama Food For Hunger serta beberapa NGO yang lainnya sepakat untuk bersatu dan menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya yang berkemampuan, untuk kita saling berkongsi rezeki buat saudara kita di Syria.
Alhamdulillah, musim sejuk lepas kami telah berjaya menyampaikan segala amanah rakyat Malaysia kepada keluarga pelarian Syria merangkumi makanan, pemanas, kayu api, selimut, baju sejuk dan kami turut persiapkan tempat tinggal yang lebih baik untuk mereka menerusi pembangunan “Kampung Malaysia” di Syria.
Musim sejuk kali ini, dana yang diperlukan adalah sebanyak RM5juta ($1.2M) untuk menghasilkan 20,000 unit Food Basket untuk diedarkan kepada 5,000 buah keluarga yang memerlukan. Setiap unit Food Basket mampu menampung keperluan 1 keluarga kecil selama 1 bulan.
Setiap Food Basket mengandungi bahan makanan keperluan asas seperti
- minyak
- roti
- gula
- tepung
- biskut
- dan lain lain lagi
Mari sama-sama kita menjayakan kempen Bantuan Makanan Musim Sejuk buat pelarian Syria.
Di bawah ini kami lampirkan senarai 4 pakej yang boleh dibantu untuk meringankan bebanan Pelarian Syria yang dalam kesusahan ketika ini.
Tawaran 4 pakej untuk projek Food Basket Winter Syria ini iaitu :
✔️Pakej Winter RM500
✔️Pakej Winter RM250
✔️Pakej Winter RM100
✔️Pakej Seikhlas Hati
Namun, sekiranya jumlah yang tertera itu besar bagi anda, kami juga dengan besar hati menerima seberapa pun jumlah yang anda ingin kongsikan.
Kami membuka peluang kepada semua yang nak turut serta bersama kami dalam menjayakan projek ini bersama-sama.
Ayuh bersama kami, bantu memberi harapan buat mereka terus hidup dan menghilangkan sedikit kelaparan mereka pada musim sejuk yang dahsyat nanti.
==================================
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
==================================
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
No akaun : 5505 1097 0053
Sila letakkan rujukan “ FOOD BASKET“
SEMOGA JASA BAIK YANG DIBERIKAN OLEH KALIAN AKAN DIBALAS OLEH ALLAH DENGAN GANJARAN PAHALA YANG BERLIPAT KALI GANDA