NAK SAMBUT RAMADAN PERLU ADA PERSEDIAAN. AYUH WAKAF BANTU PENAMBAHAN RUANG SOLAT & WUDUK WANITA MASJID SEOUL DI KOREA.
(Boleh niatkan wakaf untuk diri sendiri, ibu bapa tercinta yang masih hidup/meninggal dunia, keluarga atau kenalan yang pernah berbudi mahupun berhutang tetapi terputus hubungan)
PERKEMBANGAN MUSLIM DI KOREA
Alhamdulillah, jumlah Muslim di Korea semakin bertambah dari hari ke hari.
Terkini, jumlah Muslim di Seoul telah mencecah lebih 2,000 orang, dan jumlah ini tidak termasuk pelawat yang kerap berkunjung ke Masjid Seoul.
MASJID TIDAK MAMPU MENAMPUNG JUMLAH JEMAAH
Dengan kapasiti masjid yang hanya mampu menampung 600 jemaah pada satu masa, ia membuatkan jemaah terpaksa solat di jalan tar dan tangga terutama pada waktu solat Jumaat, Terawih dan perayaan.
Memandangkan masjid ini adalah satu-satunya masjid yang berada di bandar Seoul, pembinaan bagi menambah ruang solat perlu dibuat segera bagi keselesaan jemaah untuk beribadah.
DANA UNTUK MEMBESARKAN RUANG SOLAT MEMERLUKAN KOS SEBANYAK 1 JUTA USD.
Antaranya ruang solat dan tempat wuduk bagi muslimah perlu dibesarkan kerana tempat wuduk sedia ada terlalu kecil dan tidak selesa.
Selain itu, demi memberi keselesaan pada jemaah yang beribadah di Masjid Seoul, pihak masjid juga telah memutuskan untuk menambah:
+ Dewan Annex (ruang solat tambahan)
+ Tempat wuduk muslimah
InsyaAllah siapnya dewan Annex ini, masjid ini mampu menampung lebih 1600 jemaah dalam satu masa, dan lebih banyak aktiviti dakwah boleh dilaksanakan kelak.
BESARKAN RUMAH ALLAH DI SEOUL DENGAN BERWAKAF
Atas dasar itu, MyFundAction mengambil inisiatif membantu Masjid Seoul bagi mengumpul kos pembinaan sebanyak 1 Juta USD dengan membuka peluang wakaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hanya serendah RM 30/nama, anda boleh menyertai program wakaf ini, insyaAllah sama-sama kita membesarkan rumah Allah di Seoul, Korea ini.
BESAR PAHALA BINA RUMAH ALLAH DI BULAN RAMADAN
InsyaAllah dengan berwakaf, harta kita akan kekal, dan moga-moga pahala di buku amalan kita bertambah bak air sungai mengalir selagi mana masjid ini digunakan.
Selain itu, kebaikan membina masjid ini juga ada disebut dalam sebuah hadith riwayat Muslim bahawa:
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
JOM BERWAKAF BINA RUMAH ALLAH DI SEOUL, KOREA!
Dengan ini kami menyeru kepada anda semua untuk berwakaf mengikut pakej seperti di bawah:
✅ MASJID SEOUL 1000 (20 BAHAGIAN WAKAF) - RM 1000
✅ MASJID SEOUL 500 (10 BAHAGIAN WAKAF) - RM 500
✅ MASJID SEOUL 100 (2 BAHAGIAN WAKAF) - RM 100
✅ MASJID SEOUL 30 (1 BAHAGIAN WAKAF) - RM 50
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Sebelum meneruskan transaksi wakaf, pastikan anda membaca akad wakaf seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk pembinaan Masjid Seoul yang dikelola oleh MyFundAction kerana Allah SWT”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Untuk bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 5505 1097 0076
Sila letakkan reference “ MASJID SEOUL “