GANJARAN PAHALA BERTERUSAN DENGAN BERWAKAF BUAT PEMBINAAN TAHFIZ

GANJARAN PAHALA BERTERUSAN DENGAN BERWAKAF BUAT PEMBINAAN TAHFIZ

Peluang ini mungkin anda tidak akan temui lagi selepas ini.


Pernahkah tuan puan terfikir, dalam seumur hidup akan membina sebuah pusat tahfiz yang menjadi tempat lahirnya para ulama dan ilmuan.

Bayangkan ganjaran yang di terima melimpah ruah dan berpanjangan hatta selepas mati sekalipun.


PUSAT TAHFIZ INTEGRASI MODEN YANG PERTAMA MEMPUNYAI BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA


Annur Quranic Centre aalah pusat tahfiz yang mampu melahirkan para hafiz dan hafizah muda dalam jangka masa yang sangat singkat, hanya 3 bulan sahaja! Ia tampak mustahil, tetapi realitinya, ia terbukti pada 3 siri A!


Apakah rahsianya? Para peserta diperkenalkan dengan teknik An-Nur serta mendalami ilmu Neuro Linguistic Programmin(NLP) bagi mengenal potensi diri dan kelebihan diri, sangat berguna dan berkesan.


Program menarik, teknik yang berkesan, testimoni peserta terbukti, tetapi, fasiliti pusat tahfiz masih dalam fasa naik taraf sikit demi sedikit. Pada awal penubuhan pusat ini, juga atas sokongan daripada keluarga peserta sendiri.


Malah, Annur Quranic Centre hanya mempunyai 1 blok bangunan yang di mana hanya mampu memuatkan 50 ke 80 orang peserta sahaja. Bangunan tersebut terletak di Manjung, Perak. Mereka tiada kelas yang selesa, dewan tertutup, surau dan malah, kawasan dapur yang lengkap.


Kini, Annur Quranic Centre sedang membuka peluang untuk menambah lebih ramai bakal generasi huffaz professional dalam program mereka, setelah pembangunan mereka siap sepenuhnya InshaAllah.


Annur Quranic Centre, kini masih memerlukan RM24 Juta, kos bagi membina 4 buah blok bangunan. 2 buah bangunannya mempunyai 12 tingkat! Manakala 2 buah blok lagi hanya 6 tingkat.


Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk membina sebuah kompleks tahfiz yang berfasiliti taraf dunia ini adalah RM65 Juta, satu jumlah yang sangat besar, sebesar kemudahan yang bakal dirasai para peserta.


Kutipan ini bukan untuk kebaikkan buat anak-anak anda sahaja, malah untuk anak bangsa dan agama kita pada masa hadapan. Semoga dengan tertubuhnya Annur Quranic Centre bersama sokongan anda, maka makin ramailah penghafal Al-Quran di bumi Malaysia ini InshaAllah.


Mari bersama menghulurkan tangan, mewakafkan harta kita yang hanya pinjaman dan sementara di Dunia, untuk dijadikan harta KEKAL di Akhirat kelak.


   “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia.


   Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”.


   Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al_Qur’an)”


[Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950]


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
WAKAF PEMBINAAN PUSAT TAHFIZ RM 1,000
WAKAF PEMBINAAN PUSAT TAHFIZ RM 500
WAKAF PEMBINAAN PUSAT TAHFIZ RM 100
WAKAF PEMBINAAN PUSAT TAHFIZ RM 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090