MENDERITA KANSER PARU-PARU SERTA KEGAGALAN BUAH PINGGANG TAHAP 4,ALEEYA PERLUKAN RAWATAN BERTERUSAN
Adik Aleeya, anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik, disahkan menmpunyai masalah kegagalan buah pinggang tahap 4 (End Stage Renal Failure) dan pendarahan di paru-paru (Pulmonary Hemosiderosis).
Adik Aleeya menderita penyakit ini semenjak 7 bulan yang lalu, pada Oktober 2019. Masalah pendarahan ini telah menyebabkan paru-parunya rosak dan disahkan menghidap kanser paru-paru.
Kini adik Aleeya memerlukan rawatan IMMUNOSUPPRESSANT, CYCLOPHOSPHAMIDE setiap bulan sekali. Adik Aleeya mendapat rawatan kemo di Hospital Universiti Sains Malaysia sejauh 30km dari rumahnya.
Kebiasaanya adik Aleeya perlu mendapatkan rawatannya di wad 3 ke 4 hari. Walaupun ayahnya yang bergaji kecil sebagai seorang mekanik, ayah mana yang tidak sayangkan anaknya.
Alhamdulillah kerana kuat usaha ayahnya, Allah pertemukan kami dari MyHeart, sebagai wakil keluarganya, memohon supaya adik Aleeya segera diberikan perhatian orang ramai.
Adik Aleeya lumpuh separuh badan, perlu ditolak dengan kerusi roda. Ayahnya perlu mendukung untuk bergerak ke mana-mana sahaja.
Kami dari MyHeart mengharapkan sokongan orang ramai untuk menyahut kempen sembuhkan adik Aleeya ini. Semoga usaha ini dapat meringankan beban adik Aleeya sekeluarga.
===================================
BERAPA YANG DIPERLUKAN?
===================================
Sebanyak RM10,000 diperlukan untuk rawatan dan follow-up hospital. Selain itu akan digunakan untuk keperluan lain seperti:
1) Sebuah kerusi roda
2) Lampin
3) Tisu basah
4) Sabun – Dettol
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
Pilih pakej di bawah untuk teruskan