[TEMPURUNG KEPALA PECAH. PEMBEDAHAN PERLU DISEGERAKAN]


Lahir dalam keadaan tidak cukup bulan dan menerima pelbagai dugaan berbentuk penyakit bagi kanak-kanak ini tidak dapat dibayangkan oleh kita. 

Setiap penyakit ada penawarnya, itu janji Allah kepada kita untuk sentiasa berusaha. Jika tidak dapat menghadapi seorang diri, kehadiran tangan yang lain untuk sama – sama membantu amatlah dihargai.
____________________________________________________

PENDARAHAN DI OTAK SEHINGGA BENGKAK

Nurul Sufi Imani, 5 tahun dilahirkan tidak cukup bulan telah menyebabkan dirinya ditahan di wad NICU selama 40 hari. Setelah itu, doktor mengesahkan bahawa otaknya bengkak. Ketika umur adik Sufi mencecah 4 bulan, adik Sufi kerap mengalami sawan setiap kali menangis. Ibu bapanya menghantar adik Sufi ke Hospital Taiping untuk merawat sakitnya.

Namun malang menimpa keluarga ini apabila doktor mendapati bahawa ada pendarahan dalam otaknya. Pembedahan pertama telah dibuat pada bulan Jun 2016.

Pembedahan kedua pula dilakukan pada umur adik Sufi 7 bulan. Pembedahan tersebut bertujuan untuk masukkan tempurung kepalanya yang akhirnya mengakibatkan tumbesaran terhadap tempurung kepalanya yang tidak normal.

Disangka kesihatannya telah kembali normal seperti kanak – kanak yang lain, namun ketika umur adik Sufi mencecah 4 tahun, adik Sufi kerap mengalami muntah, sawan dan badannya cepat letih.

Pada Oktober 2020, adik Sufi menjalani pembedahan sekali lagi untuk mengeluarkan semula tempurung kepalanya kerana mengalami pendarahan pada otaknya. Doktor mengesyaki adik Sufi mengalami masalah Arteriovenous Malformation (AVM). 

Hal ini telah mengakibatkan adik Sufi lumpuh separuh badan dimana badannya disebelah kanan tidak dapat bergerak. Kerana itu juga adik Sufi tidak dapat makan dan minum kerana setiap kali makan adik Sufi akan muntahkan balik. Hal ini disebabkan tekanan yang tinggi pada otaknya.
__________________________________________________

RAWATAN TERKINI

Adik Sufi telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan untuk memasukkan tempurung kepalanya pada 8 April yang lalu di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Adik Sufi juga sudah dimasukkan ke wad sejak 6 April bagi memastikan keadaannya stabil sebelum doktor meneruskan pembedahan.

Doktor akan memastikan terlebih dahulu kondisi tempurung kepala asal adik Sufi adalah sesuai untuk dimasukkan semula atau perlu menempah tempurung kepala yang baru. Namun, sinar harapan tersebut menjadi kelam apabila doktor mendapati bahawa tempurung kepala tersebut telah pecah kepada 8 bahagian. 

Sejurus dengan itu, doktor terpaksa menempah tempurung kepala yang baru sekaligus pembedahannya terpaksa dibatalkan. Ketika ini, doktor menyarankan supaya tempurung kepala tersebut akan dimasukkan ketika umur adik Sufi mencecah 12 tahun kerana khuatir otaknya akan semakin membesar.
_____________________________________________________

DISANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI

Pada tanggal 17 Mei yang lepas, adik Sufi terjaga dari tidur menangis dengan kesakitan yang teramat pedih dikepalanya. Apabila diteliti ibunya, puan Norazieda mendapati bahawa bahagian kepala anaknya bengkak akibat tekanan yang tinggi. Lantas, adik Sufi terus dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Setibanya di hospital, pembedahan kecemasan perlu dilakukan kerana adik Sufi disyaki mempunyai Hydrocephalus yang disebabkan oleh air dalam kepala terlalu banyak. Pembedahan Ventriculoperitoneal Shunt telah dibuat dimana air berlebihan di dalam kepala dialirkan ke dalam ruang perut. Selepas pembedahan, adik Sufi diberi antibiotik dan dibenarkan pulang pada 22 Mei yang lalu.
_________________________________________________

KEPERLUAN ADIK SUFI


Sebelum pulang, doktor telah berbincang dengan ibunya untuk menjalankan pembedahan memasukkan tempurung kepala besi bagi menggantikan tempurung kepala asalnya yang sudah pecah. Doktor menyarankan agar pembedahan tersebut dapat dijalankan secepat mungkin supaya adik Sufi dapat membesar seperti kanak – kanak lain.

Walaubagaimanapun, anggaran kos tempurung kepala tersebut boleh mencecah sehingga RM40,000. Bagai hilang harapan apabila si ibu yang tidak bekerja perlu mencari wang sebanyak itu untuk pembedahan si anak. Wang tersebut adalah penting bagi puan Norazieda supaya pembedahan anaknya dapat diteruskan.

Dengan fikiran penuh buntu, puan Norazieda terpaksa menghadapi ujian ini. Tanggal 7 Julai 2021 akan datang merupakan tarikh janji temu untuk rawatan adik Sufi yang seterusnya sekaligus pengumuman tarikh pembedahan tersebut akan dijalankan. Manakala pada 30 Julai akan datang, adik Sufi akan dimasukkan semula ke dalam wad untuk menjalani ujian MRI.
__________________________________________________

PROJEK: NURUL SUFI IMANI

Sebelum ini kami daripada MyFundAction bersama MyHeart ada membuka tabung untuk keperluan seharian adik Sufi Imani sebanyak RM10,000. Alhamdulillah dengan kerjasama semua rakyat Malaysia, keperluan sebanyak itu dapat dilangsaikan dan telah disampaikan kepada adik Sufi dan keluarga.

Keperluan seharian tersebut merangkumi keperluan susu, pampers, kos rawatan susulan dan temu janji hospital serta tambang kos perjalanan ke hospital. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi puan Norazieda dalam menguruskan anaknya.

Kini, sekali lagi kami membuka tabung buat adik Sufi Imani untuk anda berkongsi rezeki bersama kami. Kali ini, adik Sufi memerlukan kos sebanyak RM40,000 untuk menempah dan membuat pembedahan tempurung kepalanya.

Kami percaya bahawa rakyat Malaysia mampu untuk merealisasikan impian puan Norazieda untuk melihat anaknya membesar dengan sihat seperti kanak – kanak yang lain.

Oleh itu, dengan pakej serendah RM30 anda boleh kembalikan sinar kehidupan bagi adik Sufi dan keluarganya.

Pakej
Tabung MyHeart RM500
Tabung MyHeart RM200
Tabung MyHeart RM100
Tabung MyHeart RM50
Tabung MyHeart RM30

Semoga dengan perkongsian yang anda beri dapat mengukir kembali senyuman terhadap anak kecil ini.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090