[SETIAP BULAN SEWA KERETA UNTUK HANTAR ANAK KE HOSPITAL]

[SETIAP BULAN SEWA KERETA UNTUK HANTAR ANAK KE HOSPITAL]


Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.


Adik Nadien berusia 1 tahun disyaki mengalami masalah jantung pada awal kelahirannya. Selepas hari ke-4 dilahirkan, adik Nadien dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari di Hospital Kuantan. Ketika berusia 1 bulan, adik Nadien dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dan perlu menjalani 3 pembedahan.


Alhamdulillah, pembedahan pertama telah selamat dijalankan pada November yang lalu ketika berusia 3 bulan. Namun injap pada jantungnya bocor dan pembedahan kedua perlu disegerakan. Masih tiada tarikh kerana beratnya tidak mengizinkan, sekarang beratnya cuma 8kg sahaja.


Kini adik Nadien perlu menghadiri beberapa rawatan susulan sebulan sekali di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan setiap 3 bulan sekali di IJN. Oleh kerana tiada kenderaan untuk bergerak, bapanya perlu menyewa kereta untuk membawa adik Nadien ke hospital. RM8,000 diperlukan untuk membiayai kos tersebut termasuk pengangkutan dan keperluan hariannya seperti pampers dan susu. Bapanya hanya bekerja sendiri dengan pendapatan lebih kurang RM800 sebulan, tidak mampu membiayai kos tersebut.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung buat pesakit-pesakit seperti adik Nadien dan pesakit lain yang memerlukan kos rawatan serta keperluan harian. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini dapat meringankan beban yang ditanggung.


========================================


Nama: Nadien Firdaus

Umur: 1 Tahun 

Tempat Tinggal: Pekan, Pahang


KEPERLUAN:

Kos RM8,000

1) Kos perbelanjaan pengangkutan (sewa kereta)

2) Keperluan harian (susu dan pampers)


=======================================


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

                                                                                                                                              (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090