myheart_im03_selamatkanadikraudhah

[DARI LANGKAWI TERPAKSA 'NAIK GRAB' KE PULAU PINANG HANYA UNTUK HADIRI RAWATAN]

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018. Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia. Oleh sebab jumlah kematian akibat kanser adalah tinggi, maklumat terkini beban kanser dalam populasi amat diperlukan dalam menentukan trend penyakit tersebut di Malaysia.


Bagi tempoh 2012-2016, 10 jenis kanser tertinggi yang dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim dan ovari.


Adik Raudhah menghidap kanser hati dan pada masa yang sama mengalami sindrom Goldenhar iaitu dilahirkan tanpa telinga dengan muka yang berkeadaan senget. Adik Raudhah telah menjalani pembedahan pertama di Hospital Bahiyah kerana usus berada di atas paru-parunya.



Selepas 2 hari kelahirannya, baru disedari bahawa adik Raudhah juga mengalami masalah jantung berlubang. Sehingga kini, masih menunggu untuk menjalani pembedahan jantungnya.

Seawal Januari 2020 adik Raudhah menjadi tidak aktif ketika berada di sekolah dan lebih membimbangkan, ada komplikasi pembengkakan perut dan hilang selera makan. Lepas menjalani pemeriksaan imbasan CT, adik Raudhah didiagnos penyakit hepablastoma iaitu kanser hati.


Adik Raudhah perlu menghadiri beberapa rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Bahiyah namun terpaksa cari inisiatif lain kerana tiada kenderaan untuk bergerak. Anggaran RM7,000 diperlukan untuk membiayai kos tersebut termasuk pengangkutan dan keperluan hariannya.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung buat pesakit-pesakit seperti adik Raudhah dan pesakit lain untuk membiayai kos yang diperlukan. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini dapat meringankan beban yang ditanggung.

===================================================================



Nama: Raudhah binti Aman

Umur: 4 Tahun

Tempat Tinggal: Ulu Melaka, Langkawi

KEPERLUAN:

Kos RM7,000

1) Kos pengangkutan (feri + grab)

2) Kos penempatan

3) Susu (Pediasure)

4) Lampin pakai buang (Drypers)

=================================================================



Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)

Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN