KOS RAWATAN TERTUNGGAK, MASALAH KATARAK MATA SEJAK LAHIR
[KOS RAWATAN TERTUNGGAK, MASALAH KATARAK MATA SEJAK LAHIR]

"TANPA AYAH DISISI, HANYA MAMPU MENGHARAPKAN IHSAN DARI MASYARAKAT PRIHATIN..."


Thurkadewi A/P Murugan telah disahkan menghidap Bilateral Congenital Cataract iaitu masalah katarak pada kedua belah matanya sejak. Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Katarak perlu dibuang, sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton televisyen.

Ketika berumur 1 tahun, adik Thurkadewi mengalami demam panas dan sawan lalu dimasukkan ke Hospital Banting selama 4 hari. Pada awal Disember yang lalu, adik Thurkadewi telah menjalani pembedahan pertama pada mata kanan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) dan pembedahan untuk mata kiri pula akan dijalankan pada awal Februari nanti.

Kini perlu mendapatkan beberapa rawatan di hospital namun tanpa ayah disisi dan ibu yang OKU tidak berupaya untuk bekerja adalah sangat sukar di usia yang sangat kecil. Ditambah pula dengan tanggungan 5 adik-beradiknya yang lain. 6 adik-beradik, 4 daripadanya mengalami masalah penglihatan dan menerima rawatan berkala di Klinik Oftalmologi, HTAR.



Adik Thurkadewi memerlukan RM3,000 untuk menampung kos rawatannya, perbelanjaan ke hospital dan keperluan lain.

Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Thurkadewi. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini dapat meringankan beban yang ditanggung.

========================================

Nama pesakit: Thurkadewi A/P Murugan

Umur: 1 Tahun
Nama ibu: Rajhsvari A/P Subramaniam

Tempat Tinggal: Banting, Selangor

 

KEPERLUAN:

Kos RM3,000

1) Perbelanjaan ke hospital

2) Keperluan susu dan lampin pakai buang

=======================================

 

"Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga..."


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN