BANTUAN KECEMASAN BUAT MANGSA LETUPAN BEIRUT

Letupan besar di Beirut telah mengorbankan 171 nyawa, mencederakan lebih 7000 mangsa & menyebabkan 300,000 rakyatnya kehilangan tempat tinggal
Ada Apa Dengan Letupan di Lubnan?
Pada 4 Ogos tepat jam 6:08 petang, Beirut digegarkan dengan sebuah letupan besar-besaran yang mengakibatkan kemusnahan teruk ibu negara Lubnan itu.
Tiga hospital yang terletak di Beirut musnah teruk dan tidak lagi mampu beroperasi seperti biasa, manakala dua lagi hospital masih mampu beroperasi pada tahap minimum disebabkan impak kemusnahan yang disebabkan letupan itu.
Mereka mengalami kekurangan alatan perubatan, fasiliti perubatan yang tidak lagi mampu menampung pesakit dan sebahagian daripada petugas dalam bidang kesihatan turut terkorban dalam tragedi berdarah ini.
Secara asasnya, mereka mengalami masalah rawatan yang sangat teruk dan tidak dapat dibayangkan oleh kita yang tidak mengalaminya!
300,000 daripada 2.2 Juta Rakyat yang menetap di Beirut hilang tempat tinggal dalam masa kurang tiga minit akibat letupan tersebut.
Dan disebabkan letupan tersebut berlaku di pintu pelabuhan utama Lubnan, mereka mengalami masalah kekurangan bekalan makanan yang kian meruncing.
BANTUAN KECEMASAN DIPERLUKAN SEGERA!!!
MyFundAction telah melancarkan Tabung Kecemasan Beirut bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas teruk kerana letupan dahsyat ini. Antara bantuan kecemasan yang dihantar segera segera ialah bantuan perubatan, makanan serta perlindungan sementara
Setakat jam ini, RM62,576.00 telah berjaya dikumpulkan tetapi nilai ini masih sangat jauh dengan keperluan mangsa di sana.
Dengan kerjasama rakan NGO di sana bantuan fasa awal telah disalurkan. Menurut laporan tim kami, rakyat Beirut sangat memerlukan perhatian dunia. Keadaan semakin mendesak, hospital penuh dan terlampau sesak.
Ada yang terpaksa menahan kelaparan beberapa hari sehingga bantuan sampai. Ada yang menjadi yatim piatu sekelip mata.
Untuk bantuan segera, kos bantuan yang diperlukan adalah sebanyak RM 1.1 Juta, untuk:
RM 500K - Bekalan Makanan
RM 300K - Tempat Tinggal Sementara
RM 300K - Perubatan
Bagaimana untuk membantu mereka?
Untuk menghulurkan bantuan, anda boleh pilih pakej seperti di bawah:
✅ EMERGENCY AID - RM 1000
✅ EMERGENCY AID - RM 500
✅ EMERGENCY AID - RM 100
✅ EMERGENCY AID - RM 30