[#SAHAM AKHIRAT] MAKAN DAUN UNTUK TERUSKAN HIDUP, MEREKA TIADA PILIHAN MELAINKAN KITA BANTU
![[#SAHAM AKHIRAT] MAKAN DAUN UNTUK TERUSKAN HIDUP, MEREKA TIADA PILIHAN MELAINKAN KITA BANTU [#SAHAM AKHIRAT] MAKAN DAUN UNTUK TERUSKAN HIDUP, MEREKA TIADA PILIHAN MELAINKAN KITA BANTU](https://mfa.myfundaction.org.my/media/forms/101-peduliyaman-im-1598535431.jpg)
HAKIKAT SAUDARA MUSLIM KITA DI YAMAN
Seluruh dunia tahu, jika di sebut Yaman, terbayang bagaimana kebelakangnya mereka dari pelbagai aspek berbanding dengan negara maju yang lain. Muslim di Yaman kekurangan dari segi fasiliti, kemudahan, teknologi dan pendidikan.
Mereka juga alami emiskinan dalam situasi penuh konflik menyebabkan rakyat Yaman menghadapi masalah kebuluran yang kritikal serta kekurangan keperluan kehidupan yang asas dan sering berpindah randah.
Yaman kini merupakan sebuah negara yang mempunyai mangsa kebuluran paling ramai dan sangat tinggi.
KILANG ROTI DI YAMAN
Oleh itu, MyFundAction tampil bagi membantu meringan sedikit beban mereka dengan kempen Kilang Roti untuk Yaman. Alhamdulillah, dengan adanya kilang roti ini, 200,000 keping roti telah berjaya diedarkan pada ramadhan baru-baru ini.
Kali ini, kami menyasarkan 3,000 buah keluarga dapat diberikan keperluan asas secukupnya. Mereka yang disenaraikan adalah daripada kem pelarian sekitar Aden dan San'aa.
Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk berkongsi rasa dan terus menyokong kempen ini demi membantu saudara kita di sana. Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM800,000 untuk menjayakan kempen Peduli Yaman kali ini.
KENAPA PERLU BANTU MEREKA
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
Ayuh kita bantu semampu kita agar tidak diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak.
BAGAIMANA KILANG ROTI INI AKAN DIURUSKAN?
Wakil kami di Yaman menguruskan kilang roti ini dan segala bantuan yang kita salurkan akan diuruskan sebaiknya dari sana. Anggaran 3,000 buah keluarga yang akan dibantu.
SASARAN DAN JUMLAH BANTUAN YANG DIPERLUKAN?
Dalam keadaan penuh rumit ini, mereka sangat memerlukan bantuan dari segi makanan dalam kadar segera, sasaran untuk kempen ini adalah RM800K.
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej mengikut kemampuan anda:
PAKEJ A – RM1,000
PAKEJ B – RM300
PAKEJ C - RM100
PAKEJ D - RM50
Jom kita bantu saudara Islam kita di Yaman untuk mereka meneruskan hidup dan memberi sinar baru buat mereka. Jika kita tak mampu bantu untuk mempertahankan negara mereka, kita bantu mereka untuk boleh teruskan hidup.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah.