Projek Pembangunan Kampung Malaysia di Syria
Perlaburan Yang Kekal Adalah Pelaburan Akhirat.
Ambil Peluang Berwaqaf Jana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat
Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kamu
MINIMA RM50 TEMPAH SATU NAMA BINA MASJID AS-SABEEL RUMAH ALLAH DI SYRIA
- Surah Al - Baqarah : 261
Bagi menempatkan pelarian di utara Syria dengan tersusun, Kampung Malaysia dibangunkan di bawah Projek Perumahan Pelarian Syria di Al-Bab, Syria.
Ia merupakan projek penempatan bersepadu dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas yang terdiri dari 100 unit rumah, jalan raya sistem kumbahan, sistem perpaipan, sebuah sekolah, sebuah telaga (Mawaddah Water Well) serta sebuah masjid.
Kami daripada MyFundAction dengan kerjasama beberapa badan pertububan dalam Malaysia sedang berusaha untuk membuat kutipan bagi membangunkan rumah Allah di sana yang diberi nama Masjid As-Sabeel.
KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK PEMBANGUNAN MASJID AS-SABEEL?
(1) Sebagai pusat melaksanakan ibadah secara berjemaah.
(2) Sebagai tempat menyatukan penduduk Syria yang baru berhijrah di penempatan yang baru.
(3) Aktiviti-aktiviti seperti pernikahan, kelas keagamaan dan ibadah sepanjang Ramadhan akan menjadi lebih baik untuk mereka.
(4) Melengkapkan wilayah perkampung Malaysia sebagai penempatan baru buat pelarian Syria.
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM200k secara berperingkat bagi membiayai keseluruhan kos pembinaan Masjid As-Sabeel. Proses pembinaan akan bermula sejurus jumlah sasaran berjaya dicapai.
BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
PAKEJ A – RM500
PAKEJ B – RM200
PAKEJ C – RM100
PAKEJ D - RM50
Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Sumbangan dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati: