Projek Wakaf: RM 120K diperlukan untuk Pembangunan Masjid Desa Kabonena, Palu Indonesia
Perlaburan Yang Kekal Adalah Pelaburan Akhirat.
Ambil Peluang Berwaqaf Jana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat
Bantu Agama Allah, Allah Akan Bantu Kamu
Gambar Rekaan tambahan Ilustrasi Masjid Desa Kabonena, Palu, Indonesia yang sudah separuh jalan disiapkan namun terbengkalai disebabkan kekurangan dana
Aktiviti keagamaan terpaksa dilakukan di rumah penduduk secara bergilir-gilir seperti kelas mengaji dan bacaan Yaasin kerana tidak mempunyai tempat atau ruangan aktiviti keagamaan ini.
Sehingga saat ini, sebahagian daripada proses pembangunan sudah dijalankan. Namun, pembinaan masjid terpaksa diberhentikan sementara waktu kerana kekurangan dana untuk membiayai proses pembinaannya. Masjid ini merupakan masjid pertama yang bakal dibina di Desa Kabonena selepas tragedi bencana di Palu.
- Surah Al - Baqarah : 261
Gambar binaan masjid yang terbengkalai hanya kerana dana yang tidak mencukupi
KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK PEMBANGUNAN MASJID DESA KABONENA?
(1) Sebagai pusat melaksanakan ibadah secara berjemaah.
(2) Sebagai tempat menyatukan penduduk Desa Kabonena dalam melakukan segala aktiviti ibadah.
(3) Aktiviti-aktiviti seperti pernikahan, kelas keagamaan dan ibadah setiap hari akan menjadi lebih baik untuk mereka.
(4) Melengkapkan wilayah perkampungan sebagai kawasan penduduk yang beragama Islam.
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM120k bagi membiayai keseluruhan kos pembinaan Masjid Desa Kabonena. Proses pembinaan akan bermula sejurus jumlah sasaran berjaya dicapai.
Sabda Rasulullah SAW:
Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.
[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.
Gambar Rekaan Ilustrasi Masjid Desa Kabonena, Palu yang bakal didirikan.
BAGAIMANA INGIN MENJADI SEBAHGIAN DARIPADA PEWAKAF MASJID KABONENA?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
PAKEJ A – RM500
PAKEJ B – RM200
PAKEJ C – RM100
PAKEJ D – Seikhlas Hati
Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Ayuh kita bersama-sama membina rumah Allah dan merealisasikan harapan penduduk ini. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan masjid baharu ini.
Untuk mendapatkan update lagi, boleh layari ke Facebook page kami