BANTUAN PERUBATAN KEPADA ADAM THAQIF, BERUSIA 2 TAHUN
YANG MENGIDAP TIGA PENYAKIT KRONIK: KETUMBUHAN OTAK,
MASALAH USUS TIDAK MATANG DAN MASALAH USUS UNTUK BUANG
NAJIS
Pertandingan Youth Wave yang dianjurkan oleh MyFundAction adalah bersempena dengan Hari Sukan Negara yang dirasmikan pada 9 Oktober 2021 yang lalu. Menariknya, konsep HSN yang dilaksanakan pada tahun ini dilakukan secara hibrid. Hal ini membuktikan bahawa sekalipun kita dilanda COVID-19, namun ianya tidak pernah menghalang untuk kita rakyat Malaysia mendapatkan kehidupan yang sihat.
Pertandingan yang berlangsung hampir sebulan ini mempertaruhkan dua (2) jenis pertandingan iaitu Fitness Challenge dan Freestyle Challenge. Kedua-dua kategori ini dibuka kepada warganegara berusia 16 – 30 tahun. Para peserta diminta untuk menghasilkan video kreatif berdurasi 1 minit untuk berkongsi skil dan perjalanan aktiviti sihat sebagai bukti penyertaan. Pun begitu, yuran penyertaan bernilai RM10 merupakan komitmen kepada setiap peserta malah mereka juga digalakkan berkongsi rezeki untuk membantu pesakit pilihan bertujuan untuk memudahkan urusan pesakit cilik tersebut.
Selain daripada bersukan untuk mendapatkan kehidupan yang sihat, platform Youth Wave ini juga membuka ruang terbuka kepada orang ramai untuk turut berkongsi rezeki kepada pesakit pilihan iaitu adik Muhammad Adam Thaqif Mohamad Arshad, kanak-kanak berusia 2 tahun yang mengidap tiga (3) penyakit kronik iaitu ketumbuhan otak, masalah usus tidak matang dan masalah usus untuk buang najis. Disebabkan mempunyai masalah usus yang menyukarkan sistem pencernaan makanan dalam tubuhnya, adik Muhammad Adam Thaqif memerlukan susu mahal yang mengandungi protein tinggi dan bergantung kepada TPN untuk hidup. Hal ini menyebabkan keluarga beliau tidak mampu untuk menanggung kos rawatan pembiayaan anaknya yang bernilai hampir RM22, 392.
Berikut ialah anggaran kos keperluan Muhammad Adam Thaqif Mohammad Arshad, 2 tahun:
• Oxygen concentrator
• Susu comidagen plus
• Pampers diapers L x 3 pack x tape
Untuk makluman, ibu kepada adik Adam Thaqif, Puan Aisyah sudah tidak bekerja sejak awal tahun 2020 diatas komitmen untuk menjaga anaknya 24jam di wad biasa. Justeru itu, antara risiko yang ditanggung oleh ibunya ialah pembayaran sewa rumah berjumlah RM700, serta tanggungan makan sekeluarga sekitar RM300 - RM400. Puan Aisyah turut menyatakan pihak Zakat turut membantu dari segi keperluan peralatan anaknya seperti mesin susu, beg susu, dressing trolley, barang2 dressing.
Oleh itu, bantuan anda bakal memberikan impak dan nafas baharu kepada si
cilik Muhammad Adam Thaqif tidak kira berapa pun nilainya. Pastinya, insan
kecil ini ingin hidup seperti kita namun diuji Allah swt. Maka, perkongsian rezeki
daripada anda adalah jawapan kepada keluarga ini. Moga bantuan ini dapat
memudahkan urusan keluarga Puan Aisyah dan Muhammad Adam Thaqif.