PUSAT MENGAJI PERCUMA UNTUK ASNAF DAN MUALLAF SABAH

BAYANGKAN KITA LANCAR BACA AL-QURAN, TAPI TIDAK MEREKA DI PEDALAMAN SABAH
LANGSUNG TIDAK
KENAL HURUF. BUTA HURUF AL-QURAN
Ya, buta huruf.
Bukan sekadar buta huruf. Tak reti mengaji juga. Berdosanya kita kalau biarkan
mereka terus begitu.
Ada yang hafal surah al-Fatihah, tapi bila ditunjuk surah al-Fatihah dalam
Quran terus tidak tahu baca.
Sekadar hafal. Itupun ada yang baca dengan bacaan yang tidak betul.
Terdetik di fikiran kami..
Tanpa tahu mengaji, bagaimana mereka solat fardhu 5 waktu?
Tanpa tahu mengaji, bagaimana mereka ajar anak-anak kenal dan amalkan Islam?
Tanpa tahu mengaji, doa apa yang mereka harapkan daripada anak-anak kelak?
Teruskan berkongsi.
Berkongsi rezeki untuk sama-sama berdakwah.
Inilah antara penyebab kami di MyFundAction tubuhkan 5 cawangan Pusat Mengaji di sekitar Sabah atas kerjasama dari orang ramai.
Berkongsi pahala.
Pusat Mengaji ini mengadakan kelas Asas Al-Quran, Membaca dan Tahsin Quran, serta Asas Fardhu Ain secara PERCUMA kepada para asnaf dan mualaf.
Betapa mereka mengharapkan ada yang membimbing mereka.
Ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 3km asalkan boleh mengaji tanpa dibayar. Sebab tidak mampu.
Alhamdulillah, selepas pusat mengaji ini dibuka di satu cawangan.
Ramai yang mendaftar. Kelas tidak mencukupi. Duduk dilantai perkara biasa, yang penting dapat terus belajar.
Sukarelawan dan tenaga pengajar juga tidak mencukupi. Tenaga pengajar ada yang perlu datang dari jauh 3 jam perjalanan untuk mengajar.
Ada yang terpaksa bergadai nyawa menaiki sampan kecil untuk ke pedalaman untuk memastikan ilmu Al-Quran sampai kepada mereka di sana.
Impaknya, jika
dulu tidak pandai langsung membaca Quran, sekarang mampu untuk mengajar Quran
kepada anak sendiri dan anak jiran.
Ini baru sebilangan kecil, kisah-kisah selepas perit dan jerih pembukaan 5
cawangan pertama. Selepas ini, kami targetkan setiap daerah di Sabah ada 10
Pusat Mengaji Al-Quran
Jika di semenanjung, tidak terasa susah payah untuk dapatkan ustaz ustazah untuk mengaji.
Tapi, di Sabah ini agak susah mencari tenaga pengajar yang sanggup masuk ke pedalaman untuk terus mengajar Al-Quran. Bilamana dibuka Pusat Mengaji secara percuma. Ini adalah peluang yang tidak mereka lepaskan.
Berapakah kos yang perlu untuk menampung penubuhan setiap cawangan?
Jumlah ini akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan seperti berikut :
Bahan modul dan pembelajaran seperti buku dan mushaf Al-Quran, papan putih dan rehal
Elaun Tenaga Pengajar Setiap Cawangan
Kos pengangkutan ke pedalaman
Kebajikan sukarelawan
Naik taraf fasiliti pusat mengaji dan kelas
Ayuh segera kita kumpul pahala sebelum ia ditutup.
Mudah-mudahan Allah melimpah ruahkan rezeki dan hadiahkan keberkatan buat anda
yang sudi berkongsi rezeki bagi membantu saudara kita di Sabah bumi di bawah
bayu.
Aamin YRA
Bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Anda boleh scroll ke bawah dan isi butiran. Didoakan moga Allah berkati
pemberian anda dan dilimpahkan rezeki dalam hidup. Amin YRA.