PROGRAM WAKAF 3000 QURAN BUAT MUSLIM AFRIKA

Muslim Afrika adalah minoriti di negara mereka. Selain kekurangan daripada segi fasiliti, mereka juga kurang dalam teknologi dan pendidikan. Mereka seperti Malaysia yang 100 tahun kebelakang!
Walaupun mereka kebelakang, tetapi mereka paling didepan dalam perihal agama Islam. Pelajar mereka terbukti ramai berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir, dan kembali menjadi pengajar, berbakti semula di sini.
Mereka tiada Quran yang bercetak seperti yang sedia ada di Malaysia. Mereka belajar, mengaji dan menghafal, dengan menulis di atas kertas dan kayu.
Alhamdulillah, terima kasih dan syukur buat semua yang menjayakan usaha Program Wakaf Al-Quran buat Muslim di Afrika. Sebanyak 3,000 naskah Quran bakal diedarkan kepada mereka setiap bulan.
Kami dari MyFundAction menyasarkan sebanyak RM150,000 setiap bulan, bagi Saudara Muslim kita yang terdapat di seluruh 6 buah negara Afrika antaranya Niger, Kenya, Côte d'Ivoire, Cameroon, Chad, Central African Republic dan Malawi.
Kami akan mewakili anda untuk menyampaikan Quran yang anda wakafkan untuk mereka. Jika kita tak mampu mengajar mereka, kita bantu mereka untuk boleh belajar.
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di Akhirat buat kita selepas kita meninggal dunia, Inshaa Allah.
Nabi Muhammad pernah berkata, "Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit"
(HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Sertai kempen wakaf 3000 Al-Quran bersama kami, agar Islam dapat kekal tumbuh di sana