Tragedi di Palestin: Kisah Bayi Kecil yang Menggigil dalam Darah

"Hati saya hancur melihat keadaan bayi ini yang menggigil kesakitan akibat serangan yang zalim"


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita tidak boleh melupakan saudara-saudara kita di Palestin yang sedang menghadapi penderitaan yang tidak terbayangkan.

Walaupun kita berada jauh, kita tetap berkongsi rasa sedih dan simpati terhadap apa yang mereka lalui. Setiap hari mereka perlu menghadapi ketakutan dan kesengsaraan. Anak-anak kecil yang sepatutnya menikmati masa kanak-kanak mereka dengan riang, kini terpaksa berdepan dengan kengerian perang.

Inilah masanya untuk kita kembali menguatkan sokongan kita. Setiap perkongsian, setiap doa, dan setiap usaha kecil kita mampu membawa perubahan. Marilah kita berdiri bersama mereka dalam perjuangan ini, demi keadilan dan keamanan yang mereka layak nikmati. Sertai kami dalam menyebarkan kesedaran dan memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin.


40 Tan Bantuan Kemanusiaan Berjaya ke Palestin dari Ops Ihsan

Kerjasama antara Kementerian Luar Negeri dan beberapa NGO Malaysia.


Sumber Gambar : The Star


Laporan Media Tentang Kejayaan & Ketelusan Ops Ihsan







Bagaimana barangan bantuan sebelum ini diuruskan?



Sumber Gambar: Sinar Harian

40 tan barangan bantuan kemanusiaan dengan nilai lebih RM1.2 juta berjaya dikumpul 40 badan bukan kerajaan (NGO) bagi misi OpsIhsan 1.0 ke Gaza. Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, sehingga April 2024 Malaysia telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif OpsIhsan.






Hospital menjadi sasaran utama untuk dimusnahkan oleh Z!oni$ !



Gambar dibawah menunjukkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin kepada CEO MyFundAction. Surat tersebut menceritakan keadaan semasa yang mereka sedang hadapi.





Mereka bukan sahaja kehabisan ubat-ubatan tetapi MAKANAN juga tiada untuk staf dan pesakit di hospital untuk makan. Serangan berterusan oleh tentera Israel Laknatullah mengorbankan menyekat bekalan makanan ke hospital ini. Sudah hampir sebulan mereka terpaksa menutup operasi dapur yang telah menjejaskan 1,640 pekerja serta 738 pesakit yang tercedera. 




Antara usaha kami untuk memastikan mereka terus dapat bekalan makanan untuk di makan termasuklah...


Central Kitchen buat Gaza 



Kami ingin mengajak Jiwa Baik untuk teruskan usaha kita bersama supaya Central Kitchen ini dapat beroperasi untuk mengisi perut sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Gaza. 

Dalam masa yang sama,  sejumlah 20 tan barangan bantuan bernilai lebih RM 670,000 sedang dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui pengangkutan laut hasil gabungan antara OPS IHSAN, MyFundAction, MAHAR, Friends of Palestine dan Aramex. 

Antara barangan yang dihantar termasuk: 

1. Hygiene Kit 
2. Baby Kit 
3. Makanan sedia dimakan (MRE)






Hanya Allah SWT yang mampu membalas pemberian kalian, setidak-tidaknya jika dihisab di hadapan Allah kelak, kita sudah ada jawapan bagaimana cara kita membela nasib mereka di sana. Jangan lupakan mereka dalam setiap doa-doa kita.


“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”  

(Riwayat Muslim (2699))


Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke instagram kami, @myfundaction. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Makanan panas 20 orang - RM500
Makanan panas 10 orang - RM250
Makanan panas 1 Keluarga - RM150
Makanan panas 2 orang - RM50
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN