
Ketika adik Aafiyah baru berusia 4 bulan, pakar mengesahkan adik Aafiyah menghidap Patent Ductus Arteriosus (PDA) dan Ventricular Septal Defect (VSD). Jantungnya berlubang. Injap jantungnya terbuka. Dan ada saluran darah tambahan yang menyebabkan darah tambahan mengalir ke paru-parunya.
Rawatan demi rawatan dilaksanakan. Sekian banyaknya ubat yang diberikan. Mesin bantuan oksigen, tidak pernah berhenti beroperasi. Semuanya berusaha untuk memanjangkan hayat adik Aafiyah yang tersayang.
Tetapi penyelesaian yang paling utama adalah pembedahan. Tanpa pembedahan, komplikasi akan bertambah serius dan boleh menyebabkan kematian.
Jom jiwa baik, kita sama-sama bantu cukupkan kos pembedahan adik Aafiyah serta pesakit-pesakit MyHeart yang lain. Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada mereka untuk sembuh.
#wecareforyou
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.