Netanyahu memberi amaran untuk memusnahkan dan melenyapkan Lubnan seperti Gaza!
Sehingga 7 Oktober, seramai 1251 orang telah dibunuh, 3,618 cedera dan lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal. Selepas 365 hari Israel menyerang dan memusnahkan Palestin, kini Lubnan menjadi sasaran seterusnya. Presiden Israel, Netanyahu memberi amaran untuk memusnahkan dan melenyapkan Lubnan seperti Gaza. Pencerobohan ke atas Lubnan tidak boleh seperti apa yang berlaku di Gaza.

Solidariti kemanusiaan untuk Palestin, Lubnan, Yaman dan Syria!
MyFundAction akan menggerakkan pasukan bagi menyalurkan bantuan segera terhadap krisis kemanusiaan di Lubnan akibat serangan Israel. Antara keperluan kemanusiaan kritikal yang akan disalurkan seperti bekalan makanan, perkhidmatan kesihatan dan perubatan kecemasan, perlindungan kepada kanak-kanak serta persiapan untuk perlindungan bagi musim sejuk yang semakin hampir.
Lubnan Bukan Pertama Kali Berdarah
Lubnan tidak asing kami, sejak tahun 2020 beberapa Misi Kemanusiaan telah kami adakan di Lebanon khususnya ketika bandar Beirut dibedil letupan dan juga misi-misi kemanusian musim sejuk untuk Pelarian Syria yang berlindung di sana.
250,000 orang warga Lubnan kini berlari melintasi sempadan Syria untuk berlindung. Ayuh solidariti buat saudara kita di Palestin, Yaman, Syria dan Lubnan.

Sebarang laporan terkini berkenaan agihan bantuan dari MyFundAction boleh terus layari laman sesawang myfundaction.org atau ke instagram kami, @myfundaction.