Membawa Seribu Harapan Buat Saudara Di Afrika
Mungkin ada yang tahu Somaliland, mungkin ada yang tak. Ianya sebuah negara di benua Afrika yang daif berbeza sangat daripada negara kita.
Mereka tiada keperluan asas yang mencukupi-bekalan makanan terputus, tiada akses air bersih, tiada tempat tinggal yang selesa, bahkan dinafikan hak pendidikan.
Ditambah pula, kemarau yang dasyat memburukkan lagi keadaan. Ternakan dan tanaman yang menjadi sumber harapan mereka habis mati.
Tapi semangat mereka untuk teruskan hidup, semangat jihad anak-anak ini dalam menuntut ilmu sangat menyayat hati walaupun hidup dalam keadaan yang serba daif.
Tuan/puan, insyaAllah Jun ini, MyFundAction akan mengadakan misi jelajah ke Afrika untuk menyampaikan bantuan makanan, membina telaga air bersih dan madrasah buat pelajar di sana.
Jadi, kami nak ajak tuan/puan semua untuk bersama kami dalam misi ini untuk meringankan beban saudara kita di sana. Semoga usaha kita ini memberi sinar harapan baru buat mereka.