SERUAN BANGKIT BERSAMA PALESTIN!

Jutaan saudara kita di Palestin sedang diuji untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air mereka. Dan peperangan kali ini adalah antara peperangan paling dahsyat dalam sejarah peperangan dunia.
Sehingga dunia tidak lagi menggelar ini sebagai peperangan, tetapi sebagai satu pembunuhan beramai-ramai secara terancang!
Setelah lebih dari 365 hari zionis menyerang, lebih 41,965 disahkan meninggal dunia (sebahagian besarnya kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa), lebih 100,000 cedera (sebahagian besarnya kritikal) dan jutaan telah hilang tempat tinggal akibat serangan zionis yang menyasarkan bangunan tempat tinggal, hospital dan sekolah!
Atas dasar kemanusiaan, salurkan bantuan kecemasan buat saudara-saudara kita di Palestin sebagai solidariti kita bersama.
p/s: MyFundAction menyerahkan 100% dana untuk penghantaran bantuan kecemasan kepada Palestin tanpa mengambil sebarang kos operasi dan pengurusan.
#SavePalestine