Wakaf Masjid Inha: Membina Rumah Allah di Bumi Korea

Di sebuah pekan kecil di Incheon, Korea Selatan, saudara seislam kita sedang merintih dalam senyap. Sebagai komuniti minoriti yang terpinggir, mereka terpaksa bersolat di sebuah bangunan sewa yang uzur dan berisiko diusir pada bila-bila masa.
Dinding-dindingnya yang mulai retak seolah-olah menzahirkan kerisauan setiap Muslim yang datang untuk merintih dan bermunajat kepadaNya.
Setiap hari (terutamanya ketika solat Jumaat), ruang sempit ini dipenuhi sehingga ke tangga dan kaki lima. Namun dalam keterbatasan dan ketidak selesaan ini, mereka tetap datang. Kerana di sinilah satu-satunya tempat untuk mereka merasai kehangatan ukhuwah dan kedamaian ibadah.

3. Nadi komuniti Muslim minoriti
Hari demi hari, komuniti Muslim di sini semakin bertambah. Para pelajar yang mengejar ilmu, pekerja yang mencari rezeki, dan penduduk tetap yang menjadikan Korea rumah kedua mereka - semuanya memerlukan sebuah rumah Allah yang mampu memeluk mereka dalam rahmatNya.
Bayangkan setiap kali laungan azan berkumandang dari Masjid Inha yang baharu nanti. Setiap sujud yang dilakukan, setiap zikir yang diucapkan, setiap air mata yang mengalir ketika sujud dan solat - semuanya akan menjadi saksi amal jariah kalian yang mengalir tanpa henti.

Ini adalah antara bukti MyFundAction terlibat secara langsung untuk pembangunan Masjid Inha setelah mendapat keizinan dari pihak masjid.
Sabda Rasulullah ﷺ :
"Siapa membangunkan masjid kerana Allah walau seperti sarang burung atau lebih kecil dari itu maka Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga." (Ibn Majah: 738)

Semoga dengan harta yang diwakafkan menjadi asbab doa dimakbulkan serta berpeluang untuk membina istana di Syurga bersama yang tersayang kelak.
Hari ini, kita mempunyai peluang keemasan untuk mengubah kehidupan ribuan Muslim di Korea.
Setiap sen wakaf kita hari ini bukan sekadar membina dinding dan lantai bangunan, tetapi membina harapan dan masa depan Islam di negara yang majoriti penduduknya belum mengenal cahaya Islam.
Hulurkan tangan anda.
Bersama kita bina sebuah rumah Allah di bumi Korea in
i.

Hari ini, kita mempunyai peluang keemasan untuk mengubah kehidupan ribuan Muslim di Korea.
Setiap sen wakaf kita hari ini bukan sekadar membina dinding dan lantai bangunan, tetapi membina harapan dan masa depan Islam di negara yang majoriti penduduknya belum mengenal cahaya Islam.
Hulurkan tangan anda.
Bersama kita bina sebuah rumah Allah di bumi Korea in i.