Ramadan Lebih Indah, Saat Berbagi Rezeki
Ramadan sepatutnya menjadi bulan yang penuh keberkatan tetapi bagi sebahagian saudara kita di Indonesia, ia adalah bulan yang penuh ujian.
Ada yang kehilangan pekerjaan dan ada yang diuji dengan kemiskinan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Bayangkan bagaimana mereka ingin menyambut Ramadan dengan perut kosong? Bagaimana mereka mahu merasakan nikmat berbuka bersama keluarga jika dapur mereka tiada satu pun makanan?
Ramadan Bulan Berbagi, Hulurkan Tangan Buat Yang Memerlukan
Sebagai saudara se-Islam, kita diajar untuk saling membantu, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Seprti yang dicontohkan Rasulullah SAW dalam petikan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
“Nabi SAW adalah manusia yang paling pemurah. Kemuncak sifat pemurahnya di bulan Ramadhan"
Ini bukan sekadar soal memberi tetapi tentang meringankan beban mereka yang sedang diuji.
Saat nanti kita menikmati juadah berbuka yang sedap, ada keluarga di sana hanya mampu berbuka dengan air kosong dan sedikit nasi tanpa lauk.
Kotak Rezeki Ummat, Hadiah Kecil, Makna Besar
Bayangkan senyuman seorang ibu yang akhirnya dapat menyediakan makanan untuk anak-anaknya.
Bayangkan wajah gembira seorang ayah yang dapat membawa pulang sekotak keperluan asas untuk keluarga.
Jom Bersama Terangi Ramadan Saudara Kita di Indonesia
Ramadan bukan hanya tentang ibadah tetapi juga tentang berkongsi keberkatan.
Anda boleh pilih pakej di bawah mengikut berapa pek yang anda ingin taja.
- Pakej A: RM150
- Pakej B: RM300
- Pakej C: RM450
- Pakej D: Seikhlas Hati
Bersama, kita boleh membuat perbezaan. Sebuah Kotak Rezeki Ummat mungkin hanya sekotak keperluan asas, tetapi bagi mereka, ia adalah penyambung kehidupan di bulan mulia ini.