RAIKAN MUALAF DI KOREA!
KENAPA TEKAD MENCARI BANGUNAN BAHARU UNTUK MENGGANTIKAN BANGUNAN LAMA MASJID INHA?
MEREKA TERPAKSA SOLAT BERGILIR-GILIR :(
Di bangunan lama, hanya kira-kira 30-50 orang sahaja yang boleh solat dalam ruang solat dalam suatu tempoh.
SEWA BANGUNAN SEDIA ADA MAHAL
Walaupun sudah berusia 10 tahun, statusnya masih lagi menyewa 1 juta won/bulan
(+-RM3425.50) .
KOS PENYELENGGARAAN AMAT TINGGI
Kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung sangat tinggi lebih-lebih lagi ketika musim sejuk kerana perlu pasang pemanas untuk keselesaan jemaah.
Hanya mampu beli pasang pemanas terpakai setelah berbulan lamanya solat dalam kesejukan
FASILITI SERBA KEKURANGAN
Ruangan tambahan yang digunakan tidak beralas membuatkan jemaah yang solat terpaksa menahan sejuk. Bantu Muslim di Korea beribadah dengan lebih khusyuk dengan hadiahkan karpet untuk keselesaan mereka
WALAU SERBA KEKURANGAN, PELBAGAI AKTIVITI TELAH KAMI JALANKAN, BERKAT SOKONGAN ANDA!
Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan di bangunan lama Masjid Inha:
1) Mesyuarat bulanan yang disertai oleh pelajar Muslim dari pelbagai negara termasuk Muslim Korea.
2)Majlis berbuka puasa
3) Pembelajaran Al-Quran (terjemahan dalam bahasa lain)



KENAPA SOKONGAN ANDA AMAT BERMAKNA BUAT PARA MUALAF DI KOREA?
Pembelian bangunan baru hanya boleh dibuat sekiranya dapat mencapai sasaran sebanyak 1.5 juta Disember ini!
Mereka memerlukan tempat yang boleh menjadi pusat pengajian untuk mereka mendalami Islam. Demi membuktikan sokongan kita terhadap mualaf di Korea, kami di MyFundAction ingin mengajak anda semua untuk turut serta membiayai kos bangunan baru.
Besar saham pahala Tuan/Puan menyediakan tempat solat dan tempat pengajian bagi para mualaf ini insyaAllah..aamiin.
"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga ('fil-Jannah') kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith Riwayat Muslim)
ANDA JUGA BOLEH HADIAHKAN PAHALA WAKAF BUAT IBU BAPA YANG SUDAH MENINGGAL
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ibuku telah mati . Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap, nescaya ia akan bersedekah. Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya ? "
Jawab baginda SAW: " Ya "
(Riwayat Bukhari)
Jika ada lebihan rezeki, ayuhlah berniat "wakaf" buat ibu bapa atau sanak saudara yang sudah pergi meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah SWT meluaskan rezeki dan hadiahkan syurga dari pintu sedekah buat semua.
"Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah .” [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]