Program Perintis Rezeki Ummat: Bebaskan Asnaf dari Cengkaman Miskin Tegar
Di luar sana ada ribuan bahkan ratusan ribu fakir miskin yang kurang bernasib baik. Hidup mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang cukup mencabar, ramai yang berdepan situasi sukar sampaikan terpaksa berhutang untuk beli barang dapur.
Ini yang dialami Kak Mariam, seorang ibu tunggal yang terpaksa berjuang siang malam untuk membesarkan 5 orang anaknya seorang diri. Daripada berniaga sehinggalah pembantu rumah. Itu saja pekerjaan yang beliau mampu buat.
Lebih menyayat hati apabila beliau terpaksa berhentikan anaknya dari sekolah kerana tidak mampu.
Sebenarnya, kisah-kisah ini sudah tidak asing lagi. Ramai lagi yang menghadapi nasib seperti beliau.
Sejak tahun 2020, MyFundAction telah mengambil inisiatif dengan melancarkan projek Rezeki Ummat untuk membekalkan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah.
Dan sejak tahun 2022, kami sedang mengusahakan bantuan berkala selama 6 bulan kepada penerima bantuan terpilih.
LAPORAN AGIHAN KOTAK REZEKI UMMAT
Tahun 2024 ini kita targetkan 42,000 kotak Rezeki Ummat untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan di seluruh Malaysia. Sertai kami #JiwaBaik untuk capai misi 2024 ini.
Dari Hakim bin Hiram radliallahu ‘anhu dari Nabi SAW berkata:
“Tangan yang di atas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya” .
(HR Bukhari No: 1338)
Semoga dengan perkongsian rezeki kita buat mereka menjadi salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya, saham bekalan di akhirat buat kita selepas kita meninggalkan dunia, In Shaa Allah .